Connect with us

Oh! Media

“Dia Gigit Telinga Saya” – Lelaki Digelar Hero, Sanggup Rempuh Peragut Beg Tangan Isterinya

Mangsa Ragut

Trending

“Dia Gigit Telinga Saya” – Lelaki Digelar Hero, Sanggup Rempuh Peragut Beg Tangan Isterinya

Tindakan pantas seorang lelaki yang sanggup merempuh motosikal yang ditunggang peragut berjaya menyelamatkan beg isterinya daripada dilarikan suspek.

BACA: Berjaya Berkas Peragut, Hero Netizen Terima Penghargaan Dari MBJB!

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 5.45 pagi ketika mangsa yang merupakan seorang pembantu perubatan yang baru turun daripada bas ekspres.

IKLAN

Mangsa yang merupakan isteri kepada seorang lelaki bernama Mohd. Hanif Hilmi, 29, sedang menunggu ketibaan suaminya sebelum diragut suspek.

Cedera Digigit peragut

Menceritakan kronolgi kejadian, Mohd Hanif berkata, dia ternampak suspek yang menunggang motosikal menghampiri isterinya yang baru turun dari bas ekspres sebelum meragutnya.

Saya yang memandu kereta terus mengejar lelaki itu dan melanggar motosikalnya bagi menghalang dia melarikan diri.

Hanif menyatakan bahawa suspek cuba meloloskan diri apabila menekup hidungnya sewaktu berlaku bergelutan antara mereka.

Ketika dia kembali bangun, saya segera menerpa ke arahnya dan memeluk dari belakang bagi mengunci pergerakan selain menekup mulut serta hidungnya.

Tambahnya lagi, dia mengalami kecederaan pada bahagian telinga kirinya selepas digigit peragut itu yang cuba melarikan beg isterinya.

Ketika bergelut dengan peragut, saya tidak fikir soal keselamatan diri sebaliknya ingin dia ditangkap kerana cuba meragut isteri.

Saya cuba bertahan dengan terus memegang suspek sebelum dia menggigit telinga. Mujur ada orang awam yang berada di situ dengan segera membantu saya menangkap suspek.

Whatsapp image 2021 09 21 at 13832 pm 1632203472
Mohd Hanif menerima jahitan selepas digigit oleh suspek Sumber Berita Harian

Terima penghargaan daripada polis

Bagaimanapun, tindakan individu tersebut dilihat tidak sia-sia selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan menganugerahkan surat penghargaan kepada lelaki tersebut.

Surat penghargaan itu dianugerahkan kepadanya atas keberaniannya membantu pihak polis menangkap suspek dalam kejadian di persimpangan Kedai Piah, Kampung Binjai, Kelantan, kelmarin.

Hero suami
Sumber Kosmo

Majlis tersebut yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bahru hari ini menzahirkan rasa terharu Mohd Hanif yang tidak menyangka tindakannya itu akan mendapat perhatian.

Saya tidak menyangka tindakan menangkap peragut ini mendapat perhatian dan penghargaan polis.

Sebagai suami, saya akan bertanggungjawab untuk mempertahankan isteri tidak kira dalam apa jua keadaan.

Bantu selesaikan kes jenayah di Kelantan

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, beliau memuji tindakan Mohd. Hanif yang turut membantu polis menyelesaikan kes jenayah.

Menurutnya, penangkapan suspek sedikit sebanyak dapat menyelesaikan beberapa kes samun dan ragut yang berlaku di negeri ini sejak tujuh tahun lalu.

Tambahnya lagi, siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam kes samun dengan mensasarkan wanita berseorangan di kawasan stesen bas.

Selain itu, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dipercayai bergerak sendirian semasa melakukan kegiatan samun.

Tambah Shafien, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Sek­syen 392 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berba­haya 1952.

Kredit: Kosmo! I Harian Metro I Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
arini
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas