Trending
Di Sebalik Watak Samseng Di Squid Game, Pelakon Ini Rupanya Pencinta Kucing
Sesiapa yang sudah menonton siri Netflix popular dari Korea, Squid Game, pasti mengenali watak antagonis yang dimainkan oleh Heo Sung-Tae dikenali sebagai Jang Deok-Su.
BACA: Dihubungi Hari-Hari, Pemilik Sebenar Nombor Telefon ‘Squid Game’ Stres
Deok-Su merupakan seorang samseng yang dibelenggu beban hutang yang banyak. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi sesuatu permainan termasuk menggunakan cara kotor. Geram betul!
Namun, siapa sangka di sebalik karakter pembuli itu, dia sebenarnya seorang pencinta kucing. Ini berdasarkan beberapa posting yang dibuat Heo Sung-Tae di laman Instagram. Muka je ganas, dalam hati ada taman.
Pelakon ini juga pernah muncul dalam rancangan realiti popular, Running Man episod 381. Sikapnya yang kelakar dan bersahaja menjadikan dia pelakon ‘jahat’ paling comel yang mereka pernah jumpa.

Mana tidaknya, dia kelihatan malu-malu apabila muncul buat kali pertama di set penggambaran Running Man. Lebih melucukan, dia dengan selamba minum air yang dibawa sendiri dari rumah ketika shooting di hadapan peserta yang lain.

Sikap sopannya itu membuatkan peserta yang lain tidak dapat menahan ketawa. Lagi pula pelakon ini memang dikenali sebagai pelakon watak jahat.
Selain Squid Game, pelakon ini turut popular dengan watak gengster dalam Beyond Evil. Dalam siri itu, dia berperanan sebagai seorang ahli perniagaan yang kejam.
Kredit: kbizoom | Youtube sNack! | Instagram @heo_sungtae
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM