Connect with us

Oh! Media

Demi Keadilan Buat Bella, Rina Harun Bakal Menghadap TMJ Esok

Befunky collage

Trending

Demi Keadilan Buat Bella, Rina Harun Bakal Menghadap TMJ Esok

Ketika ini, sedang hangat dibicarakan di media sosial mengenai kes penderaan yang melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang disyaki mendera seorang kanak-kanak istimewa, Bella.

Seperti yang kita tahu, isu ini mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor yang sedia menawarkan peguam-peguamnya secara percuma bagi membantu membela nasib adik Bella.

BACA: TMJ Pula Bersuara Demi Adik Bella. Habislah Awak Bainun!

IKLAN

Susulan daripada itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bersedia bekerjasama dengan Tunku Mahkota johor bagi membantu menyelesaikan kes ini melalui menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

TMJ berkenan bertemu esok

Kenyataan yang dibuat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu mendapat respon dari Tunku Mahkota Johor.

TMJ melalui satu kenyataan di Facebook telah berkenan untuk bertemu dengan Datuk Seri Rina Harun pada esok (19 April 2022) bagi membincangkan isu berkaitan kes penderaan adik Bella ini serta akan mendapatkan taklimat terkini mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk memastikan kes sebegini tidak lagi berlaku.

Daulat Tuanku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor dan memberikan respon yang positif serta berharap isu ini dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik.

Screenshot 2022 04 18 at 212938

Sebelum ini isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam telah memberikan respon mengenai kes ini dan berikrar akan menggunakan segala kuasa yang ada bagi menuntut keadilan buat adik Bella.

Semoga isu mendapat jalan penyelesaian yang baik serta dapat menegakkan keadilan buat adik Bella.

Kredit: Facebook Tunku Mahkota Johor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas