Connect with us

Oh! Media

Demi Anjing, Wanita Sanggup Terjun Kolam Air Mendidih

kolam air mendidih

Trending

Demi Anjing, Wanita Sanggup Terjun Kolam Air Mendidih

Seorang wanita sanggup terjun kolam air mendidih demi menyelamatkan anjing peliharaannya. Wanita itu didapati melecur dan koma selama seminggu kerana terjun ke dalam kolam air panas semula jadi yang mempunyai suhu 93 darjah celcius.

ADVERTISEMENT

BACA: Cucu Pemilik Rumah Buka Pagar, Petugas TNB Cedera Diterkam Anjing

Menurut Kosmo, wanita yang bernama Laiha Slayton, 20, telah membuatkan 90 peratus badannya melecur apabila dia terjun ke dalam kolam panas yang merekodkan suhu air 93 darjah Celsius di Taman Negara Yellowstone, Wyoming.

Anjing lari dan melompat ke dalam kolam

Slayton melecur dan Koma (Foto: Kosmo)

Difahamkan, dia telah pergi ke kawasan air panas itu bersama bapa dan anjing kesayangannya yang diberi nama Rusty.

Setibanya mereka di lokasi kejadian, anjing yang berada di dalam kereta tiba-tiba berlari dan terjun ke dalam kolam. Slayton yang terkejut cuba untuk menyelamatkannya namun tidak berjaya. 

Nasib baiklah bapanya cepat bertindak menariknya keluar daripada kolam. Bapanya, Woodrow didapati melecur pada bahagian kaki semasa cuba menyelamatkannya. Dia dijangka diletakkan dalam keadaan koma selama dua ke tiga minggu lagi.

Sayang betul Slayton pada anjingnya sampai sanggup terjun kolam air panas tu. Kalau korang, korang sanggup tak?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas