Trending
Datuk Red Umum Isteri Pertama Tamat Idah Untuk Elak Fitnah
Usahawan, Datuk Red memaklumkan yang tempoh idah bekas isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hashim sudah pun tamat semalam iaitu bersamaan 13 Julai.
BACA: Datuk Red Kini Duda, Sah Ceraikan Isteri Pertama Dengan Talak Satu
Kalau korang tengok siaran langsung yang dikongsikan semula di Tiktok, Datuk Red memberitahu yang dia tidak mahu sebarang fitnah timbul di kemudian hari terhadap dirinya dan bekas isteri.
16 Julai tamatlah tempoh idah. Tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi.
Tak sangka cepat habis tempoh idah. Saya kena umumkan ini kerana takut nanti kalau ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitnah pula.
Datuk Red akui sedih dengan perpisahan itu. Walau bagaimanapun, tetap menerimanya dengan hati terbuka kerana ia merupakan takdir dari Allah SWT.
Saya doakan dia semoga bahagia dan berjaya. Kalau dia bertemu jodoh, saya tak boleh buat apa dah.
Saya doakan dia jaga batasan, jaga aurat dan yang penting jaga solat lima waktu. Saya pun tak boleh nak pantau dia dah, jaga diri.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM