
Trending
Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap! Gagal Bayar Pinjaman RM5 Juta ‘Loan Kawan’
Pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie diisytihar bankrap selepas gagal bayar pinjaman RM5 juta.
Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Jovian Mandagie kini berdepan detik paling sukar dalam hidupnya apabila Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) mengisytiharkannya mufis atau bankrap.
Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli selepas membenarkan petisyen pemiutang oleh syarikat Cekap Air Sdn Bhd kerana kegagalan membayar pinjaman persahabatan sebanyak RM5.28 juta, termasuk faedah.
Hanya pinjam ‘sebagai sahabat’, tapi tak bayar

Jovian yang juga bekas menantu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dikatakan meminjam RM5 juta secara lisan daripada syarikat pembinaan itu pada 25 Februari 2022.
Wang tersebut telah dimasukkan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian, dan firma itu turut mengesahkan penerimaan wang berkenaan atas arahan beliau.
Namun, selepas gagal membayar semula pinjaman, Cekap Air memfailkan saman pada Mei 2023, diikuti dengan Notis Kebankrapan yang akhirnya membawa kepada keputusan mahkamah hari ini.
Usaha gantung dan batal petisyen Jovian Mandagie ditolak

Jovian juga dikatakan telah cuba untuk menggantung dan membatalkan notis serta petisyen kebankrapan, tetapi semua permohonan itu ditolak oleh pihak mahkamah.
Rayuan terhadap keputusan penghakiman terus sebelum ini pula akan didengar pada 15 September nanti.
Pssttt! Jangan ambil ringan soal hutang, walaupun daripada rakan sendiri. Janji tetap janji, dan bila gagal ditunaikan. Akibatnya boleh jadi sangat berat!
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
