Connect with us

Oh! Media

“Dari Isu Gaza, Saya Dah Kenal Siapa Sebenarnya Dia” – Caprice

Trending

“Dari Isu Gaza, Saya Dah Kenal Siapa Sebenarnya Dia” – Caprice

Sejak akhir-akhir ini, semakin hangat isu berkaitan serangan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal sehingga banyak bukti telah didedahkan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Doakan Dia Sentiasa Bertaubat” – Caprice

Jika disebut tentang perkara ini, sudah pasti ramai akan mengaitkan dengan penyanyi rap, Caprice yang menjadi salah satu ‘watak’ utama dalam isu ini.

Namun, dia bukanlah dalang dalam isu ini, sebaliknya Caprice dilihat sering memuat naik hantaran mengenai petunjuk akan perilaku pendakwah terkenal itu.

Caprice terus bongkarkan pelakuan pendakwah

Aktivis kemanusiaan, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, terus melakukan pembongkaran demi pembongkaran melibatkan perlakuan seorang pendakwah.

Caprice melalui Insta story miliknya menyatakan bahawa dia berani bersumpah di atas nama ibu serta ayahnya bahawa dia mengenali ‘perangai’ lelaki itu sejak dari isu Gaza lagi.

Wallahi (sumpah) atas nama ibu dan bapa saya, sejak isu Gaza, saya dah kenal siapa sebenarnya lelaki ini.

Menurutnya, dia juga turut percaya akan apa yang berlaku sekarang adalah balasan buat individu tersebut.

Sebab itu saya marah dan beremosi. Saya percaya apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita panggil sebagai karma.

Melalui insta story yang lain, dia mengakui turut berasa gembira kerana orang ramai telah mengetahui perkara yang sebenar-benarnya.

Sejak tiga bulan, hidup saya sangat mencabar. Saya tidak mahu bersikap buruk tetapi saya sangat-sangat gembira sekarang.

Bayangkan kalau semua ini tidak berlaku, siapa yang akan percayakan saya? Tiada sesiapa.

Apa jadi jika Caprice sokong di pihak yang salah?

Selain itu, terdapat sebuah pertanyaan daripada pengikut Instagramnya yang bertanya apa akan terjadi sekiranya usahawan itu berada di pihak yang salah.

Namun, Caprice dengan tenang menjawab dirinya tidak pernah menyokong perkara yang salah dan sekiranya salah, dia pasti akan menegurnya.

Sebelum ini berapa banyak kes artis curang dengan bini (isteri) mereka dengan (pendedahan) satu gambar atau video, kalian semua kecam, tapi apabila melibatkan (orang) kes ini, husnuzon (bersangka baik).

Turut beri kenyataan sarkastik

Menerusi hantarannya di laman Instagram, dia turut memberikan sebuah kenyataan yang penuh bermakna berkaitan ketaksuban terhadap seseorang manusia.

Menurutnya, sesorang individu khususnya beragama islam akan kelihatan bodoh jika terus mempertahankan seseorang yang melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, hantaran yang dibuat oleh penyanyi berusia 33 tahun telahpun dipadam oleh pihak Instagram selepas dikatakan telah melanggar garis panduan media sosial itu.

Meninjau pada hantaran yang lain, Caprice dilihat terus menerus memuat naik di insta story berkenaan para pengikutnya yang ingin memohon maaf kepada dirinya. Perkara itu disambut baik olehnya dan dilihat memaafkan mereka semua.

Kredit: Instagram Caprice I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top