Connect with us

Oh! Media

“Saya Doakan Dia Sentiasa Bertaubat” – Caprice

Oh! Artis

“Saya Doakan Dia Sentiasa Bertaubat” – Caprice

Kontroversi melibatkan penyanyi rap, Caprice bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang sudah menjadi isu hangat sejak ketibaan mereka berdua di Mesir.

ADVERTISEMENT

BACA: Caprice Tunai Janji, Jumpa Sharnaaz Lepas Habis Kuarantin

Sejak dari itu, nama Caprice sering menjadi kontroversi sehingga dia menerima lebih 60 ugutan bunuh daripada netizen.

Terdahulu, dia mengumumkan telah tamat tempoh kuarantin kendirinya dan bersedia untuk mengisytiharkan perang terhadap beberapa golongan yang dimurkai Allah SWT.

Namun akhir-akhir ini, nama Ebit Lew turut mendapat perhatian selepas didakwa atas tuduhan serangan seksual. Bagaimanapun, siasatan masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Caprice minta Ebit Lew mohon maaf dan bertaubat?

Menerusi kenyataan terbaru usahawan terkenal, Caprice baru-baru ini, dia berharap agar ‘individu’ itu segera bertaubat dan memohon maaf terhadap dirinya.

Perkara itu dikongsikannya di laman Instagram melalui Insta story milik Caprice berkenaan kejadian yang menimpa dirinya selama ini.

Selepas segala ugutan bunuh, caci maki dan macam-macam saya telah lalui, saya harap, dia minta maaf secara terbuka kepada saya dan orang-orang lain yang dianiaya.

Bagaimanapun, dia tidak menyebut nama mana-mana pihak secara spesifik, namun melalui hantaran itu, dia turut menyertakan keratan artikel dirinya bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dan mengharapkan individu terbabit segera bertaubat.

Tak kisahlah kita pakai baju apa, manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan.

Caprice doa yang dia dan kita semua sentiasa bertaubat. Allah Sayang.

Terima puluhan permohonan maaf

Menerusi hantaran Insta story-nya sebelum ini, Caprice mendedahkan bahawa dirinya telah menerima puluhan permohonan maaf daripada netizen di laman Instagramnya.

Hal itu selepas satu per satu pembongkaran yang mula menampakkan kejelasan berhubung apa yang diperjuangkannya selama ini.

Menerusi hantarannya itu, ramai netizen dilihat memohon maaf kepada Caprice malalui sesi soal jawab di Insta story dan turut dibalas oleh penyanyi rap itu.

Saya baca semua DM. Sejujurnya, saya nak ucapkan terima kasih kerana buat semua ini. Saya rasa macam nak menangis sekarang.

Selain itu, Caprice juga turut menzahirkan rasa terharu terhadap apa yang berlaku selain turut memohon maaf sekiranya cara serta perilakunya berdakwah agak kasar selama ini.

Mungkin kerana terlalu banyak ‘simpan’ banyak perasaan selama tiga bulan ini. Atau rasa macam sikit lagi nak bebas. Terima kasih atas semua DM dan pesanan (mesej).

Terdahulu, Caprice turut bertemu jalan damai bersama pelakon tanah air, Sharnaaz Ahmad apabila dilihat bersemuka di sebuah cafe.

Berkongsi perkara itu di Instagram berserta kapsyen berbentuk emoji hati, jelas kelihatan mereka seakan-akan sudah berbaik serta dilihat saling tersenyum antara satu sama lain.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas