Connect with us

Oh! Media

Dapat RM4.15 Juta, Seorang Wanita Jadi ‘Jutawan Segera’ Lepas Cucuk Vaksin?

jutawan segera

Trending

Dapat RM4.15 Juta, Seorang Wanita Jadi ‘Jutawan Segera’ Lepas Cucuk Vaksin?

Seorang wanita yang menetap di Australia telah menjadi jutawan segera apabila memenangi wang sebanyak RM4.15 juta dalam kempen Million Dollar Vax Alliance.

ADVERTISEMENT

BACA: Enggan Vaksin? Ini Tindakan Yang Dikenakan Untuk Penjawat Awam

Menerusi laporan Harian Metro, jutawan segera, Joanne Zhu, 25, telah memenangi AS$1 juta selepas mendaftar sebagai penerima vaksin di Australia.

Pemenang tunggal di Australia

jutawan segera
Joanne Zhu (Foto: News7)

Joanne pada mulanya tidak percaya bahawa dia telah memenangi hadiah wang tunai itu. Katanya, dia telah terlepas panggilan berita kemenangan itu kerana sedang bekerja. Namun, apabila dia cuba menghubungi nombor itu, dia diberitahu telah memenangi hadiah tersebut dan menjadi pemenang tunggal di Australia.

Adakah saya bermimpi, adakah ini benar? Saya tidak percaya.

Saya mahu menerbangkan keluarga saya keluar dari China supaya mereka dapat menginap di hotel lima bintang untuk sambutan Tahun Baru Cina, jika sempadan dibuka.

Selain itu, saya mahu membeli hadiah untuk keluarga dan laburkan baki wang itu supaya boleh menjana lebih banyak wang pada masa hadapan dan untuk membantu orang ramai.

Joanne Zhu menyatakan bahawa dia sudah dua tahun tidak berjumpa dengan keluarganya di China, sejak berlakunya penularan Covid-19. Dia berharap agar sempadan di Australia akan cepat dibuka supaya dapat bertemu dengan keluarganya.

Untuk pengetahuan, kempen Million Dollar Vax Alliance ini diadakan bagi meningkatkan kadar vaksin dengan memberikan hadiah wang ringgit yang lumayan. Sekumpulan dermawan telah memperuntukkan AS$4.1 juta, bersamaan RM17.01 juta untuk diberikan hadiah kepada lebih 3,100 individu yang mendaftar untuk pengambilan vaksin.

Kalau ada dermawan dekat Malaysia yang menawarkan hadiah macam ni, mesti tak ada yang tak nak ambil vaksin kan?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas