Connect with us

Oh! Media

“Memang Banyak Kekurangan Saya” – Didakwa Jatuhkan ‘Rating’ Konsert GV9 Selepas Gantikan Nabil, Danial Zaini Mohon Maaf

Trending

“Memang Banyak Kekurangan Saya” – Didakwa Jatuhkan ‘Rating’ Konsert GV9 Selepas Gantikan Nabil, Danial Zaini Mohon Maaf

Semalam telah berlangsungnya konsert kedua Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) dengan penyanyi, Roy Kapilla diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir selepas mendapat markah terendah dari pihak juri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Selalu Jihan Kawal Nabil” – Terlalu ‘Hyper’ Jadi Host GV, Kak Lina Buat Ramai Terhibur

Pasti ramai yang mengetahui konsert malam tadi diteruskan tanpa kehadiran pengacara utama, Nabil Ahmad yang digantikan pelawak, Danial Zaini selepas Nabil menyertai program The Toyota GAZOO Racing musim ke-5.

Nabil dikecam kerana didakwa jatuhkan rating

Namun begitu, penampilan Danial Zaini pada konsert kedua itu mendapat kecaman dan kritikan segelintir netizen yang mendakwa gaya pengacaraan pelawak itu tidak begitu menjadi sehingga menyebabkan program yang besar itu menjadi hambar.

Sumber: YouTube Astro Gempak

Danial mohon maaf, jelaskan perkara sebenar

Susulan itu, juara Lawak Solo tersebut tampil memuat naik video permohonan maaf dan menjelaskan perkara sebenar menerusi akaun rasmi TikToknya.

@danial.zaini 🙏🙏 Ini kenyataan saya berkenaan dgn pengacaraan saya di minggu yg kedua gegar vaganza 2022 #gv9 #gegarvaganza2022 ♬ original sound – Danial Zaini

Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada semua penonton-penonton, peminat-peminat GV, kalau ada kekurangan (memang banyak kekurangan saya) pun minggu ni di GV (ketika) menggantikan Nabil pengacara bersama Kak Lina. Saya mohon maaf.

Ada yang kata saya jatuhkan program, saya rosakkan program, tak reti hosting, saya minta maaf. Saya susun sepuluh jari, saya minta maaf.

Menurut Danial, dia yang juga merupakan pengacara bagi segmen GV Live+ di platfrom YouTube Astro Gempak, tidak dapat membuat sebarang persiapan yang terperinci kerana hanya mendapat maklumat untuk menggantikan Nabil empat ke lima jam sebelum berlangsungnya konsert.

Kejadiannya hari ini, empat ke lima jam sebelum show, saya ditelefon oleh pihak produksi Astro, diaorang cakap Danial kena datang awal sebab kena gantikan Nabil dekat main show. Jadi saya tiada pilihan lain selain kena datang.

Jadi saya hanya ada masa empat jam untuk saya prepare baju saya, wardrobe apa semua, skrip pun tak dapat lagi waktu itu. Jadi apa yang anda lihat di pentas itulah dia. Saya tak rehearsal, memang tiada rehearsal, hanya bincang sekejap dengan Kak Lina, nak buat apa dan sebagainya, okay jalan.

Dalam pada itu, Danial turut mengakui bahawa bukan satu tugas yang mudah untuk menggantikan Nabil yang sudah mengemudi rancangan itu selama sembilan tahun.

Netizen berikan semangat

Menjengah di ruangan komen rata-rata netizen memberikan ucapan semangat buat pelawak itu untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan yang ada pada masa akan datang.

Apa pendapat korang? Rasanya okay je Danial malam tadi, takdelah menjatuhkan program pun. Netizen ni macam-macam lah.

Kredit: Kosmo | TikTok danial.zaini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas