Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Roti Canai RM4 Di Langkawi Palsu?

Trending

Dakwaan Roti Canai RM4 Di Langkawi Palsu?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu aduan membabitkan sebuah premis di Langkawi yang telah menjual sekeping roti canai dengan harga RM4.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengguna Perlu Simpan Resit Dan Buat Aduan Tentang Roti Canai Kayangan Di Pulau Langkawi

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) yang menerima lebih 100 aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga serta bahan mentah di negeri tersebut.

Menurut Setiusaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff memberitahu selain dari aduan mengenai ikan siakap, pihaknya juga menerima aduan mengenai harga roti canai kayangan tersebut yang dilihat tidak masuk akal.

Berhubung dengan perkara itu, Yusrizal juga turut meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah agar tampil menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

Pengadu roti canai gagal tampil, premis masih tidak dikesan

Bagaimanapun, KPDNHEP Kedah menyatakan bahawa tiada aduan daripada pengadu yang mendakwa terdapat peniaga yang menjual roti canai berharga RM4 itu.

Selain itu, pihaknya juga masih gagal menjejaki premis tersebut yang dikatakan berlaku di Kuah walaupun sudah menghantar beberapa anggota untuk menyiasat.

Menurut pengarahnya, Mohd. Shahran Mohd. Arshad, pihaknya turut mengambil keterangan daripada Persatuan Pengguna Kedah dan mendapati ia hanyalah dari ‘cakap-cakap kosong’ sahaja.

Siasatan awal mendapati, aduan ini hanya diambil daripada ‘hear and say’ iaitu cakap-cakap orang dan tiada bukti ditemukan seperti resit atau lokasi sebenar premis.

Mohd. Shahran Mohd. Arshad

Kita sudah menyeru agar pengadu ini tampil membuat aduan secara rasmi bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil namun sehingga kini tiada sesiapa yang muncul.

Harap selidik dahulu sebelum memviralkan sesuatu

Tambahnya lagi, beliau turut memberikan nasihat agar semua pihak tidak menghebohkan sesuatu perkara tanpa kepastian atau tidak mempunyai bukti kukuh.

Hal itu bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan yang mampu mencetuskan panik dan salah faham dalam kalangan pengguna di negara ini.

Kita berharap semua pihak mengambil tanggungjawab agar tidak memviralkan sesuatu yang tidak pasti dan tidak mempunyai bukti kukuh agar tidak mencetuskan panik dalam kalangan pengguna.

Tegas beliau, pihaknya sentiasa memandang serius akan aduan mengenai kenaikan harga barang dan makanan yang dilihat tidak masuk akal sehingga mampu membebankan masyarakat.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas