Connect with us

Oh! Media

Dakwa Warna Darah Berubah Ikut Jenama Vaksin, Ini Penjelasan Dari Doktor

Warna Darah Berubah

Trending

Dakwa Warna Darah Berubah Ikut Jenama Vaksin, Ini Penjelasan Dari Doktor

Baru-baru ini, tular berkenaan sebuah hantaran yang menyatakan bahawa darah seseorang boleh berubah warna selepas mendapatkan suntikan.

BACA: Viral Tampil ‘Pelik’ Suntik Vaksin, Hafiz Hamidun Tegur Pakailah Elok-Elok

Hantaran itu dibuat oleh seorang pengguna Facebook dan juga merupakan ahli bekam mendakwa berlaku perubahan keadaan warna mengikut jenama vaksin.

IKLAN

Hal itu didedahkan selepas beberapa minit individu yang baru mendapatkan suntikan dibekam dan turut menyatakan jenis warna yang terhasil.

Menerusi hantarannya itu, dia mendakwa mereka yang mengambil vaksin Sinovac, darahnya akan bertukar seperti nanah, manakala bagi Pfizer, darahnya akan bertukar seperti air kencing.

E9zoobrvcai9c1w

Penjelasan doktor isu warna darah bertukar

Hantaran itu bagaimanapun menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ia juga mendapat perhatian daripada para doktor dan tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Menerusi hantaran seorang doktor di laman Twitter bernama @khairul_hafidz, beliau menepis dakwaan ahli bekam tersebut sambil menjelas komponen-komponen darah dalam badan manusia.

Menurutnya, seluruh darah kita terdiri daripada empat komponen iaitu plasma, sel darah putih, platlet dan sel darah merah.

Ia biasa terjadi apabila kelihatan darah seakan-akan cair disebabkan oleh plasma dah terpisah daripada whole blood dan bukannya kesan daripada pengambilan suntikan vaksin.

Doktor lain turut bersuara

Menerusi ciapannya, beliau turut berkongsikan tentang sebuah hantaran dari laman Facebook milik Dr. Latif Saad yang turut tampil mendedahkan perkara sebenar.

Menurutnya, darah yang didakwa berwarna kuning seperti air kencing itu sebenarnya darah yang mendap dan menghasilkan bahagian plasma pada bahagian atas.

Tambahnya lagi, jika terlalu banyak lemak dalam darah, ia akan menyebabkan plasma itu berwarna kuning seperti nanah.

Kesimpulannya, sampel darah yang ditunjukkan sebelum ini merupakan sampel darah yang normal selain turut menepis dakwaan ianya akan merubah mengikut jenis vaksin yang diambil.

E9eyrtlvkakvyms

Netizen beri pelbagai reaksi

Menerusi petikan semula pada hantaran Dr. Khairul Hafidz, rata-rata netizen turut berterima kasih terhadap info yang disampaikan selain turut mengecam tindakan individu yang menyebarkan perkara yang tidak benar.

Screenshot 719
Screenshot 724
Screenshot 723
Screenshot 717

Setakat ini, hantaran yang dimuat naik itu telah mencapai 3,093 tweet semula serta mendapat 2,576 tanda suka.

Kredit: Twitter Khairul Hafidz I Facebook Latif Saad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Medua

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas