Connect with us

Oh! Media

Viral Tampil ‘Pelik’ Suntik Vaksin, Hafiz Hamidun Tegur Pakailah Elok-Elok

Cover Photo Om 1200 X 675 63

Oh! Artis

Viral Tampil ‘Pelik’ Suntik Vaksin, Hafiz Hamidun Tegur Pakailah Elok-Elok

Komposer dan juga penyanyi, Hafiz Hamidun tampil memberi nasihat kepada orang ramai agar berpakaian bersesuaian ketika pergi mendapatkan suntikan vaksin.

BACA: Tular ‘Hantu Cina’ Cucuk Vaksin, Alasan Lelaki Ini Buat Netizen Kagum

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi ini berkata, orang ramai tidak perlu untuk memakai pakaian yang pelik dan menjadikannya sebagai satu gimik.

IKLAN
Hafiz Hamidun
Foto Instagram Hafiz Hamidun

Pakailah elok-elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua.

Saya tak tahu adakah ia strategi pemasaran atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi ngeri pulak.

Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa individu tampil dengan gaya yang pelbagai ketika mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Antara yang pernah menjadi perhatian ramai adalah watak seram Valak dalam filem The Conjuring yang mengenakan costum ‘sebijik’ seperti filem tersebut.

Selain itu, karakter seorang suami yang memakai baju kelawar isteri dengan lilitan tuala di kepala turut membuatkan orang ramai terhibur.

@zahril4jmal

PUSAT PEMBERIAN VAKSIN SEGAMAT ADA HANTU 😰🥺 !!! ##ppvsegamat ##fypvaccine ##fypシ ##hantucina🥴🤣🤣 ##comel

♬ Classic Remix – Mini💗

Terbaru, viral pula hantu cina melompat-lompat mendapatkan suntikan di PPV di Dewan Serbaguna di Jalan Genuang.

Kredit: Harian Metro | Twitter @anthraxxx781

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas