Connect with us

Oh! Media

Didakwa Laku Seks Luar Tabii, Pendakwah Selebriti Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Didakwa Laku Seks Luar Tabii, Pendakwah Selebriti Mengaku Tidak Bersalah

Selepas dilanjutkan reman sebanyak dua kali, akhirnya hari ini pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful telah didakwa di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan melakukan seks luar tabii.

ADVERTISEMENT

Namun, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin, Syed mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Menurut kertas pertuduhan, Syed didakwa lakukan kesalahan tersebut terhadap seorang pelajar wanita berusia 22 tahun di Empire City, Damansara Perdana antara jam 3 hingga 4 pagi pada 17 Oktober lalu.

Bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Syed boleh dipenjara hingga 20 tahun atau dikenakan sebat jika sabit kesalahan. Dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Vitiya Monisha Paranthaman, beliau tak menawarkan sebarang jaminan ke atas Syed dengan alasan ia kesalahan yang tak boleh dijamin. Bahkan ia juga merupakan kesalahan yang serius serta takut akan menggangu mangsa. Namun, jaminan RM100,000 ditawarkan jika dibenarkan mahkamah dengan syarat tambahan.

Namun, Syed yang diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros, tetap meminta agar diberikan jaminan memandangkan pihak mahkamah mempunyai budi bicara.

“Tiada risiko anak guam saya akan melarikan diri selain dia memberi kerjasama kepada polis sepanjang siasatan. Saya juga memohon mahkamah menetapkan jaminan yang minimum memandang pendapatannya terjejas kerana Covid-19.” – katanya.

Oleh itu, mahkamah benarkan Syed diikat jamin RM20,000 dengan syarat tertuduh harus melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan dan tidak mengganggu mangsa. Sebutan semula kes juga ditetapkan pada 21 Februari tahun depan.

Kredit: MalaysiaGazette

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas