Connect with us

Oh! Media

“Daddy Sedang Membiasakan Diri Dengan Rutin Baru” – Nooryana Najib

Najibyana

Trending

“Daddy Sedang Membiasakan Diri Dengan Rutin Baru” – Nooryana Najib

Rutin harian Datuk Seri Najib Tun Razak berubah 360 darjah kerana perlu menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru setelah hampir tiga hari berada di Penjara Kajang.

BACA: “Terus Kuat, Allah Bersamamu” – Yana Najib Titip Ucapan Untuk Bapa, Akan Terus Berjuang Demi Keadilan

Berita itu dikongsikan sendiri anak bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najwa Najib menerusi hantaran insta storynya semalam.

IKLAN
Screenshot 2022 08 25 at 140851

Menurut Yana, bapanya itu ketika ini berada dalam keadaan yang sihat walafiat bahkan terus kuat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangannya.

Hari ini (semalam) wakil daripada barisan peguam dapat bertemu daddy di Penjara Kajang. Alhamdulillah, daddy dalam keadaan sihat dan semangat perjuangan daddy masih kuat.

Keperluan asas daddy juga telah diberikan dan daddy sedang membiasakan diri dengan rutin baharu. Berbeza dengan jadual harian bossku yang sentiasa padat

Yana turut mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pegawai penjara yang sentiasa mengambil berat tentang bapanya itu.

Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penjara Kajang kerana ambil berat keadaan daddy.

Kami sangat hargai keprihatinan mereka. Sekian saja perkembangan daripada saya dan keluarga. Jaga diri baik-baik

Untuk makluman, pada pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion. 

Kredit: Intagram yananajib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas