Connect with us

Oh! Media

Cuepacs Gesa Kerajaan Pertimbang Bonus Kepada Penjawat Awam

Trending

Cuepacs Gesa Kerajaan Pertimbang Bonus Kepada Penjawat Awam

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat menggesa kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dalam Belanjawan 2022 yang akan diumumkan nanti.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kerajaan Patut Perkenal Skim i-Survive Kepada Orang Ramai” – Najib Razak

Memetik laporan Sinar Harian, beliau berkata, pemberian itu wajar kerana lebih 10 tahun penjawat awam hanya menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM500 yang dibentangkan setiap kali belanjawan.

Foto: suara.tv

Menurutnya, bonus tersebut adalah penghargaan kepada penjawat awam yang bertungkus lumus dalam menangani pandemik Covid-19.

Kami juga perlukan penghargaan daripada kerajaan kerana telah memberikan perkhidmatan walaupun kerajaan berubah tiga kali dengan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Tambah beliau lagi, sebagai tanda penghargaan, kerajaan dituntut memberikan pertimbangan yang luar biasa iaitu pemberian bonus, bukan bantuan khas kewangan berjumlah RM500.

Foto: Sinar Harian

Ujar Adnan, kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang dalam Belanjawan 2022 bagi melaksanakan sebuah sistem saraan baharu yang lebih komprehensif, iaitu gaji lebih selesa dan perbelanjaan yang adil kepada penjawat awam.

Menurutnya, perkara itu sudah menjadi amalan setiap 10 tahun sejak 1992. Pada tahun 2022, ia perlu dilaksanakan sekali lagi.

Selain itu, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan cuti kakitangan yang tidak dapat dihabiskan kerana terpaksa bertugas menguruskan pandemik Covid-19.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top