Connect with us

Oh! Media

Cubaan Bakar Diri Seorang Wanita Berjaya Dipatahkan Pekerja Stesen Minyak

Trending

Cubaan Bakar Diri Seorang Wanita Berjaya Dipatahkan Pekerja Stesen Minyak

Seorang wanita yang dilaporkan cuba untuk membunuh diri dengan cara membakar diri di sebuah stesen minyak gagal selepas tindakkan pantas pekerja stesen minyak menyelamatkan wanita tersebut.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku pada pukul 8.29 pagi itu yang wanita berusia 30 tahun itu dipercayai mempunyai kemurungan bertindak membakar dirinya berhampiran sebuah stesen minyak Taman Teratai, Kangkar Pulai, Johor Bahru, kelmarin

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan maklumat pekerja tersebut, mangsa telah membeli petrol beharga RM5 sebelum menyiram badannya dan jalan raya lalu membakar dirinya.

Seorang Wanita bertindak membakar diri sebelum diselamatkan pekerja stesen minyak

Pekerja itu berusaha memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam yang sedia ada di stesen minyak tersebut sebelum menghubungi Balai Polis Kangkar Pulai bagi memaklumkan kejadian itu.

Wanita tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami lecuran di beberapa anggota badan termasuk muka, dada, perut dan bahagian belakang badan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar

Mangsa kini akan dipindahkan ke wad biasa untuk rawatan susulan.

Sementara itu, Ibu kepada mangsa yang berumur 60 tahun, anaknya itu pernah mendapatkan rawatan di hospital sejak November tahun lalu kerana kemurungan dan mangsa tinggal seorang diri sejak ibu bapa mangsa bekerja di Singapura.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas