Connect with us

Oh! Media

‘Content Creator’ Ditahan Pandu Lamborghini Tanpa Lesen, Kereta Disita JPJ

Ohmedia content Creator

Trending

‘Content Creator’ Ditahan Pandu Lamborghini Tanpa Lesen, Kereta Disita JPJ

Seorang content creator merupakan antara individu ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada hari Selasa lalu.

Lapor Sinar Harian, lelaki berusia 28 tahun itu didapati memandu sebuah Lamborghini Aventador tanpa lesen.

Driver tak ada lesen, Lamborghini Aventador disita

Lamborghini

Difahamkan, lelaki warga China itu dalam perjalanan pulang ke Damansara Heights selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

IKLAN

Dia dicekup ketika melalui kawasan pemeriksaan dan kenderaan mewah yang dipandunya terus disita oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Operasi bersepadu disertai 115 anggota dari pelbagai agensi

Jpj
Sekadar gambar hiasan

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata Lamborghini itu merupakan salah satu daripada 27 kenderaan yang disita sepanjang operasi dijalankan.

Dalam operasi tersebut, kita telah memeriksa sebanyak 1,627 kenderaan, daripada jumlah itu, sebanyak 211 kenderaan telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Hamidi turut memaklumkan bahawa sebanyak 463 notis telah dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan seperti memandu tanpa lesen, tiada lesen vokasional, tiada cukai jalan, tiada insurans dan pengubahsuaian kenderaan tidak sah.

Selain JPJ, operasi bersepadu ini turut disertai 115 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi termasuk JSPT, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

#ApaKataOhmedia

Tak kiralah bawa kereta biasa atau kereta mewah, lesen memandu adalah satu kewajipan, bukannya pilihan okey! Patuhilah undang-undang jalanraya untuk memastikan keselamatan semua. Kalau rasa hebat sangat nak pandu supercar, pastikan dokumen lengkap dulu ya!

Kredit: Sinar Harian
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas