Trending
Cikgu Kantoi Kutuk Murid OKU, Tersalah Hantar Mesej Dalam Group Kelas
Menjaga anak istimewa (OKU) bukanlah satu perkara yang mudah. Seseorang perlu ikhlas dan sabar lebih-lebih lagi jika melibatkan profesion mulia iaitu seorang pendidik.
BACA: Ibu Berhenti Kerja Fokus Jaga Anak Autisme, Kini Anak Bergelar Pelukis Dan Diiktiraf Dunia
Seperti isu tular di Facebook ini, seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila anak kurang upaya (OKU) kena kutuk dengan cikgu sendiri.
Sedih anak OKU kena kutuk dengan cikgu sendiri
Difahamkan, cikgu itu mengutuk murid dengan rakannya tetapi tersilap hantar mesej ke group kelas. Jadi ibu bapa di dalam group itu sempat baca dan screenshot sebelum mesej dipadam.

Siap hantar gambar anak lagi, ibu bapa mana yang tak sedih kan? Setakat ini perkongsian yang dimuat naik semula itu mendapat lebih 5,000 shares di Facebook.
Laju padam mesej tapi sempat screenshot

Lebih menyedihkan, cikgu berharap anak OKU autistik itu akan keluar dari kelas tak lama lagi. Cikgu juga mengugut mahu mendera murid lain yang masuk selepas itu.


Si ibu turut memuat naik bukti di mana cikgu bertindak memadam mesej yang dihantar. Tersilap perahu boleh diundur, tersilap mesej macam mana nak buat?
Kredit: Facebook Jenny Tomines
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM