Oh! Artis
Cik Epal Wujudkan Bisnes Pizza Mendonia Untuk Caras Pizza Wagyu Jofliam
Baru-baru ini pempengaruh Cik Epal ada berkongsi tentang keuntungan Pizza Wagyu yang diraih oleh bekas suaminya dan minta LHDN sisasat Jofliam kerana hanya terima bayaran tunai.
BACA: Cik Epal Bongkar Kisah Di Sebalik Perniagaan ‘Cash Only’ Pizza Wagyu Bekas Suami, Gesa LHDN Siasat
Terbaru Cik Epal mengumumkan bakal wujudkan perniagaan Pizza Mendonia untuk membantu bekas pekerja Jofliam yang telah dibuang sebelum ini.
Cik Epal hendak bantu bekas pekerja yang kena buang

Kewujudan business pizzamendonia ni untuk aku tolong ex staff duda aku yang kena buang.
Semua jenis BERANI kerana BENAR dan yang penting kami ada MARUAH.
Cik Epal juga memaklumkan perniagaan Pizza Mendonia akan diuruskan dengan lebih baik.
Kita kasi caras itu pizza wagyu tak bayar tax. Pizzamendonia akan terima QR dan perniagaan semua akan proper. Jangan risau.
Pempengaruh dan usahawan itu juga berharap orang ramai dapat sokong perniagaannya itu yang akan bermula tidak lama lagi.
