Trending
“Dia Dah Hancurkan Masjid Saya Dahulu” – Dewi Buat Dakwaan Baru Mengenai Perbuatan Cik Epal Kepadanya
Wanita dikenali sebagai Emira Delyati Dewi tampil membidas mesej dihantar seorang netizen yang menuduhnya sebagai pemusnah rumah tangga pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam.
Lebih teruk lagi, netizen tersebut mendoakan semoga anak perempuan kepada Dewi akan menerima balasan di atas perbuatannya kelak.
Ada bukti WhatsApp dari CE

Menurut Dewi, apa yang dikongsi di podcast bersama Astro Gempak bukanlah cerita terperinci. Dakwanya, cerita sebenar melibatkan rumah tangganya, namun dia memilih untuk tidak mendedahkannya di media sosial.
Saya tak nak berjumpa dengan CE pada awalnya sebab dia dah hancurkan masjid saya dahulu, kerana fitnah-fitnah CE. Sebab tu masa dia berjumpa dengan saya, dia menangis, CE sendiri cakap sebabkan dia sudah menghancurkan rumah tangga saya dahulu, rumah tangga dia sendiri hancur.
Dewi mendakwa, fitnah yang dilemparkan Cik Epal telah menyebabkan rumahtangganya hancur. Dewi menyatakan, itu menjadi punca Cik Epal menawarkan dirinya menjadi isteri kedua Jofliam demi menebus kesilapan.
Malah, dia mempunyai bukti WhatsApp daripada Cik Epal berkenaan dakwaan tersebut.
Tutup kes, moving forward

Dewi juga menambah bahawa dia tidak mahu lagi memperbesarkan isu ini dan berhasrat untuk menutup cerita serta meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Namun, dengan pelbagai reaksi netizen yang masih memihak kepada Cik Epal, nampaknya isu ini masih belum tamat.
#OhmediaNasihat
Isu rumah tangga memang rumit, apatah lagi apabila melibatkan salah faham. Sebaiknya, cuba selesaikan masalah dengan baik tanpa perlu mengheret orang lain yang boleh mengeruhkan keadaan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Emiradelyati
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM