Connect with us

Oh! Media

Cik Epal Jumpa Bekas Suami Dewi, Bawa Han Gunting Rambut

Cik Epal Bekas Suami Dewi

Trending

Cik Epal Jumpa Bekas Suami Dewi, Bawa Han Gunting Rambut

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik Epal sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila membawa dua anaknya, Han dan Yuki, ke sebuah kedai gunting rambut yang dipercayai milik Imran Hakimi, iaitu bekas suami kepada Emira Delyati Dewi.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Han dan Yuki begitu teruja ketika memasuki premis tersebut. Cik Epal turut menunjukkan gaya rambut pilihan Han kepada Imran sambil berseloroh:

Han potong rambut dengan Uncle Imran hari ini. Agak-agak meledak tak rambut baru Han?

Netizen terhibur tapi ada juga yang mempersoal

@cikepal06

Han potong rambut dengan uncle Imran today. Agak-agak meledak tak rambut baru Han💇🏻?

♬ Cukup Sampai Sini – Cik Epal

Walaupun ramai yang terhibur dan memuji gaya santai serta sporting Cik Epal, ada juga segelintir netizen yang mula mempersoalkan tindakannya membawa anak ke kedai milik bekas suami kepada isteri bekas suami dia.

IKLAN

Kalau korang tengok ruangan komen, ada juga yang memuji Cik Epal kerana matang dan tenang dalam menguruskan kehidupannya pasca perceraian.

Kisah Cik Epal dan Jofliam

Cik Epal Dan Jofliam

Untuk info, Cik Epal dan Jofliam berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua anak. 

Namun, mereka bercerai tahun lalu selepas 10 tahun bersama. Jofliam kini telah berkahwin dengan Dewi pada 5 April lepas.

Kehidupan selepas berpisah bukan penghalang untuk terus bersikap profesional dan matang. Hormat-menghormati tetap jadi keutamaan, tak kira apa sejarahnya.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas