Connect with us

Oh! Media

Trending

China Berdepan Ancaman Virus hMPV Selepas Covid-19

Negara China sekali lagi berdepan ancaman kesihatan apabila virus metapneumovirus (hMPV) mula menular, menyerang sistem pernafasan hingga menyebabkan pihak berkuasa kesihatan mengeluarkan amaran agar masyarakat lebih berhati-hati dengan kebersihan diri.

Untuk pengetahuan korang, virus ini semakin meningkat sejak pertengahan Disember dan dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan kes jangkitan pernafasan selain influenza.

IKLAN

Data pada 16 hingga 22 Disember menunjukkan peningkatan jangkitan pernafasan akut termasuk hMPV terutamanya di wilayah utara China. Kes baru-baru ini kebanyakannya melibatkan golongan berusia di bawah 14 tahun – Reuters.

Antara tanda yang dialami pesakit

Virus

Pesakit akan sering mengalami Gejala seperti batuk, demam, hidung tersumbat, dan nafas berbunyi. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan ini boleh menyebabkan bronkitis atau radang paru-paru, terutama dalam kalangan bayi, warga emas dan sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Virus tersebut menular melalui titisan atau aerosol disebabkan batuk atau bersin dan kontak rapat atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.

Golongan yang paling berisiko terjejas apabila mempunyai masalah pernafasan seperti asma, COPD, atau emfisema. Justeru itu, Pihak berkuasa kesihatan di Beijing telah menguatkuasakan protokol pelaporan makmal untuk memantau kes dan menangani situasi ini dengan lebih berkesan.

Tiada lagi vaksin untuk virus hMPV

Virus

Walau bagaimanapun, pakar telah memberi amaran tentang penggunaan ubat antiviral secara sembarangan. Menurut seorang pakar pernafasan di hospital Shanghai, sehingga kini masih tiada lagi vaksin atau rawatan antiviral khusus untuk virus hMPV. Oleh itu, rawatan yang diberikan hanya bertujuan untuk mengurangkan simptom.

#OhmediaNasihat

Kesihatan perlu diberi keutamaan dalam situasi wabak seperti ini. Pastikan korang mengamalkan langkah penjagaan diri seperti mencuci tangan, memakai pelitup muka dan tidak berada di tempat sesak.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas