Connect with us

Oh! Media

Cermin Kereta Kena Pecah Masa Beli Air, Ini Kronologi Kes Wang Bantuan RM109k Lesap!

Trending

Cermin Kereta Kena Pecah Masa Beli Air, Ini Kronologi Kes Wang Bantuan RM109k Lesap!

Bermula minggu ini, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 bagi setiap murid sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan di sekolah masing-masing.

ADVERTISEMENT

Pasti ibu bapa dan murid sangat teruja untuk menerima bantuan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Namun, lain pula ceritanya apabila satu kejadian kecurian telah berlaku di Beranang, Selangor.

Cermin kereta dipecah

Memetik laporan Harian Metro, wang bantuan berjumlah lebih RM109,000 yang baru dikeluarkan guru besar di sebuah bank di pekan Semenyih untuk diagihkan kepada murid keesokan hari dilarikan pencuri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.17 tengah hari.

Hasil siasatan yang dijalankan pihak polis, ini kronologi kes yang berlaku;

Kronologi kes

  • Guru besar berusia 50 tahun berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 (wang Bantuan Awal Persekolahan) daripada sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih untuk diagihkan kepada pelajarnya esok.
  • Selepas wang dikeluarkan, mangsa meletakkan wang di sebuah beg dan meninggalkan beg itu di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
  • Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri.

Alahai, kesiannya murid-murid yang mengharapkan duit bantuan itu kan?

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kes bolehlah hubungi mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas