Connect with us

Oh! Media

Burger Ayam Tapi.. Tanpa Ayam? Macam Mana Agaknya Rasa KFC Zero Chicken Burger Ni?

Trending

Burger Ayam Tapi.. Tanpa Ayam? Macam Mana Agaknya Rasa KFC Zero Chicken Burger Ni?

Apa ni? Bukan burger la kalau tiada daging yang diapit bersama bun bijan lembut ditambah dengan sayuran segar dan sos yang menyelerakan.

ADVERTISEMENT

Haaa.. Tunggu dulu, sebelum korang nak marah KFC, kami nak tanya korang dah try belum menu baru KFC ni?

KFC Zero Chicken Burger dengan rasa ayam sebenar!

Kalau korang nak tau untuk menu terbaru ni, KFC telah mencipta burger berasaskan tumbuhan dan bebas daging yang disaluti dengan 11 herba dan rempah rahsia Original Recipe.

Rasa isi daging ni memang seakan daging ayam betul, korang pasti takkan sedar yang korang makan tu bukan daging sebenar!

Patty tanpa daging ini digoreng sempurna sehingga perang keemasan, kemudian ditambah dengan limpahan sos spicy BBQ dan mayonis berserta kepingan keju yang disusun bersama salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat.  

KFC Zero Chicken Burger merupakan alternatif bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang mengingini variasi dalam pilihan makanan kesukaan mereka.

Berkolaborasi bersama jenama pengganti daging Quorn, KFC Zero Chicken Burger menggunakan patty halal tanpa daging yang merupakan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya dengan protein, serat, rendah lemak tepu, dan tiada kolesterol. 

Walaupun produk ini khusus buat peminat KFC menikmati burger lazat KFC tetapi tanpa ayam,  namun ia bukanlah produk vegan atau vegetarian kerana disediakan segar menggunakan  peralatan memasak yang sama dengan produk KFC lain.

Korang mesti tertanya-tanya macam mana rasa KFC Zero Chicken Burger ni kan? Jom layan video cabaran rasa burger terbaru ni, boleh ke diorang teka burger apa yang diorang makan walaupun tutup mata?

Nak tahu? Tonton video di bawah:

Nikmati keenakan KFC Zero Chicken Burger sekarang!

KFC Zero Chicken Burger boleh didapati di cawangan KFC seluruh Malaysia. Semua ini untuk waktu yang terhad dan sementara stok masih ada.

Nikmatinya secara A la carte atau dengan Kombo Crispier Fries dan minuman, bermula  RM12.99 sahaja. 

Tunggu apa lagi jom segera dapatkan KFC Zero Chicken Burger hari ini. Jangan lupa ikut SOP tau, pilih je saluran tanpa sentuh seperti Bawa Pulang, Self Collect, Pandu Ambil, Pandu Lalu, dan Penghantaran. 

Bagi pesanan atas talian, layari www.KFC.com.my atau aplikasi mobil KFC Malaysia. 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas