Connect with us

Oh! Media

“Bukan Pernah Exposed Suami Raba Adik Ke?” – Pempengaruh Dikecam Berbaik Dengan Suami 64 Tahun

Ohmedia nashkay

Trending

“Bukan Pernah Exposed Suami Raba Adik Ke?” – Pempengaruh Dikecam Berbaik Dengan Suami 64 Tahun

Netizen persoal ‘plot twist’ berkenaan kerana Nashkay sudah ‘exposed’ suami habis-habisan.

Nama pempengaruh Siti Nur Nashrah atau Nashkay kembali menjadi bualan hangat di media sosial selepas dipercayai berbaik semula dengan suaminya yang berusia 64 tahun.

BACA: “Saya Ada Anak Dara” – Nashkay Dikecam Buka Aib Suami, Nekad Cerai Bimbang Anak Tak Selamat

Namun, apa yang membuatkan netizen ‘naik minyak’ ialah sebelum ini Nashkay pernah membuat dakwaan serius terhadap suaminya, termasuklah tuduhan curang dan melakukan gangguan seksual terhadap adik kandungnya sendiri.

IKLAN

Dah berbaik dengan suami?

Tindakan Nashkay memuat naik video manis bersama suami ternyata mencetuskan kemarahan ramai.

Ramai mempertikaikan keikhlasan pendedahan terdahulu dan menuduhnya sekadar mencipta sensasi demi kandungan media sosial.

Netizen tak puas hati, anggap content sampah

Nashkay

Antara komen paling lantang datang daripada seorang pengguna yang menulis:

Bukan kak Nash dh expose husband dia sexual harassment dkt adik kak Nash? or is it marketing je?

Komen itu mendapat sokongan ramai dan membuka semula perbincangan mengenai sejauh mana kesahihan pendedahan awal Nashkay.

Seorang lagi netizen pula menyindir dengan tegas:

Buat malu je, dah bukak aib dalam kain semua, pastu baik balik… content smpah.

Malah ada yang turut menyelar tindakan Nashkay kerana terlalu terbuka berkongsi hal rumah tangga di media sosial.

Tulah lain kali jangan nak cerita hal rumah tangga dekat orang. Ada masalah ke biar kita je yang tahu.

Ada yang memahami, ada yang kecewa

Nashkay

Pun begitu, tidak semua bersikap negatif. Ada juga yang cuba melihat perkara ini dari sudut positif dan memilih untuk tidak menghakimi.

Apa kata kita ambil points yang baik daripada apa yang berlaku… Allah perlihatkan sesuatu dalam hidup bukan untuk dibesarkan, tapi sebagai pengajaran.

Seorang lagi netizen pula mengulas, pasangan ini layak diberikan peluang kedua memandangkan anak-anak mereka masih kecil.

Namun begitu, majoriti warganet masih sukar untuk menerima ‘plot twist’ ini kerana sebelum ini mereka turut menyatakan simpati terhadap Nashkay ketika pendedahan asal dibuat.

Pssttt! Bukan main lagi hari tu kecoh satu Malaysia, akhirnya mereka dah capai kata sepakat demi anak-anak kan.

Kredit: Instagram Nashkay
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas