Connect with us

Oh! Media

“Saya Ada Anak Dara” – Nashkay Dikecam Buka Aib Suami, Nekad Cerai Bimbang Anak Tak Selamat

Ohmedia nashkay Tiktok

Oh! Tidak

“Saya Ada Anak Dara” – Nashkay Dikecam Buka Aib Suami, Nekad Cerai Bimbang Anak Tak Selamat

Konflik rumahtangga personaliti media sosial, Siti Nur Nashrah atau lebih dikenali sebagai Nashkay kembali menjadi perhatian apabila dia membuat dakwaan mengejutkan mengenai suami.

BACA: Pempengaruh Nashkay Dakwa Suami 64 Tahun Berlaku Curang Dengan Wanita Lain Dan Raba Adik, Ini Respon Kelana Shamsudin!

Dakwaan yang dibuat Nashkay membuatkan dia menerima kritikan kononnya membuka aib suami.

IKLAN

Netizen juga meminta Nashkay mempertimbangkan keputusan untuk bercerai demi anak-anak yang mungkin kehilangan kasih sayang seorang bapa.

Influencer TikTok, Nashkay rasa anak tidak selamat

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Story, content creator TikTok ini menegaskan bahawa tindakannya adalah demi keselamatan diri dan anak-anak.

Nashkay 2

Jelasnya, jika bukan kerana kasih sayang terhadap anak-anak, dia sudah lama mengambil keputusan untuk keluar dari hubungan itu.

Namun kali ini dia nekad berpisah apabila suami didakwa tidak berubah walaupun sudah beberapa kali memberi peluang.

Perkara itu juga membuatkan dia hilang kepercayaan dan tidak berani membiarkan anak-anaknya terus tinggal bersama suaminya.

Mohon saksi tampil untuk kukuhkan bukti

Influencer Tiktok Nashkay

Dia turut memohon bantuan daripada mana-mana individu yang pernah mempunyai hubungan dengan suaminya untuk tampil memberikan maklumat sebagai bukti kukuh.

Wanita ini juga memberi jaminan bahawa identiti sesiapa yang tampil membantu akan dirahsiakan.

Terdahulu, suaminya dikenali sebagai Kelana Shamsudin meminta agar isu ini dibincangkan secara peribadi dan tidak diperbesarkan di media sosial.

Malah, lelaki berumur 64 tahun itu turut memberi amaran jika wanita terbabit masih mahu menyebarkan cerita di media sosial, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ohmedia nashkay Tiktok

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas