Connect with us

Oh! Media

“Bukan Itu Yang Saya Maksudkan..” – Harith Iskander Jawab Kecaman Isu ATM

Trending

“Bukan Itu Yang Saya Maksudkan..” – Harith Iskander Jawab Kecaman Isu ATM

Baru-baru ini, nama pelawak tanah air, Harith Iskander menjadi tular di media sosial selepas didakwa mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Harith Iskander Dinobatkan Manusia Paling Kelakar Di Dunia

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, beliau mendakwa sepanjang empat hari dirinya berada di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat tidak melihat sebarang angkatan tentera.

Selain itu, beliau juga turut mempersoalkan sama ada para tentera akan hanya turun padang apabila bencana yang melanda negara diisytihar sebagai darurat selain turut mencadangkan penggunaan kenderaan amfibia tentera.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu telah mendapat kecaman ramai termasuklah pelawak tempatan, Shahrul Shiro yang turut berasa tersingung akan kenyataan beliau.

Harith Iskander tampil mohon maaf, akui netizen salah faham

Berhubung dengan perkara itu, Harith Iskander telah tampil memohon maaf akan perkara itu selain mengakui mungkin orang ramai tersalah tafsir akan kenyataannya itu.

Menurut perkongsiannya di laman Instagram, Harith menegaskan bahawa beliau tidak melihat angkatan tentera pada tempat yang di lawati sahaja dan bukan melibatkan semua kawasan yang terjejas banjir.

Ada yang rasa tersinggung dgn tweet saya jadi saya minta maaf sebab itu memang bukan niat saya.

Apa yang saya maksudkan ialah saya tak nampak angkatan tentera WAKTU dan TEMPAT yang SAYA turun padang pada 4 hari berturut turut di 4 lokasi sahaja 

Tambahnya, penduduk serta beberapa pegawai bomba yang berjumpa dengannya turut menyatakan bahawa ATM tidak sampai lagi pada waktu itu.

Bercerita mengenai cadangan menggunakan bot amfibia, beliau mengakui bot bermoto milik Bukan Badan Kerajaan (NGO) yang dikeluarkan oleh pihaknya sukar untuk bergerak oleh kerana sering tersangkut ada sampah yang terapung.

Untuk bergerak 1 km pun mengambil masa satu jam. Waktu itu lah saya terfikir dengan kenderaan amfibia milik punya Angkatan Tentera

Kenderaan amfibia milik tentera yang dimaksudkan Harith Iskander.

Tepis dakwaan dirinya anggap ATM tidak jalankan tugas

Selain itu, Harith juga turut menafikan dakwaan yang menyatakan dirinya menganggap pihak ATM tidak langsung menjalankan tugas selain menghormati kerja keras mereka selama ini.

Saya tak sekali pun tanya kenapa ATM tak terlibat langsung ataupun kata yang ATM tak bertugas langsung. Saya memang menghormati anggota ATM setinggi tingginya.

Bercerita mengenai isu dengan Shahrul Shiro, beliau mengakui sudah pun menyelesaikan perkara itu dan telah diterima baik oleh kedua-dua pihak.

Kami chat semalam dan boleh dikatakan, all good, sebagai anak seni, we respect each another dan akan fokus kat kerja amal bersama sama. Tidak ada hal lagi.

Mengakhiri ulasannya, Harith turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas tidak kira bangsa dan agama yang telah berkerja keras bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

Kredit: Instagram Harith Iskander

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas