Connect with us

Oh! Media

“Bukan Bayar Seikhlas Hati Ke?” – Individu Complaint Yuran Mengaji RM30 Mahal

Yuran Mengaji

Trending

“Bukan Bayar Seikhlas Hati Ke?” – Individu Complaint Yuran Mengaji RM30 Mahal

Bergelar seorang pendidik pastinya akan menemui pelbagai ragam pelajar ketika dalam proses mengajar dan pembelajaran.

BACA: Azmeer Bantu Orang Islam Untuk Belajar Mengaji Secara Percuma

Apatah lagi bergelar guru agama di mana tidak semua orang mampu melakukannya kerana seseorang itu perlulah mempunyai ilmu yang cukup dan luas bagi mengajar anak murid mereka.

IKLAN

Namun begitu, tidak ramai yang sanggup mengeluarkan belanja dari segi upah mengajar kerana dirasakan ilmu agama seperti pengajian naskah Al-Quran sebagai sesuatu yang ‘mudah’ dan tidak berbaloi.

Begitulah perkongsian seorang pengguna Twitter ini di mana dia ada memuat naik tangkap layar perbualan antara seorang guru mengaji Al-Quran dan individu yang bertanyakan mengenai yuran serta jadual pengajaran.

Guru Al-Quran tersebut memaklumkan bahawa yuran pengajian hanyalah RM30 untuk kelas yang diadakan pada setiap hari Isnin sehingga Rabu malah turut berpeluang untuk mengerjakan solat jemaah Isyak bersama-sama di akhir waktu kelas.

Namun, penjelasan itu mendapat reaksi yang mendukacitakan daripada individu tersebut kerana dia merasakan yuran sebanyak RM30 itu terlalu mahal.

Mengaji

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berang dengan sikap individu itu yang mempersoalkan isu keikhlasan dan tahap kesusahan sesuatu ilmu itu.

New project 5 61

Kata netizen, yuran RM30 untuk tempoh pengajian seperti itu dianggap sangat murah pada zaman sekarang ini dan sepatutnya dikenakan cas yang lebih tinggi daripada itu.

Kredit: Twitter bukhariramli | Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas