Connect with us

Oh! Media

Pasangan Suami Isteri Serang Dan Bantai Pengasuh Dera Anak Mereka Di Taska

dera

Oh! Tidak

Pasangan Suami Isteri Serang Dan Bantai Pengasuh Dera Anak Mereka Di Taska

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan satu rakaman video yang tersebar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki kena dera dengan pengasuh di sebuah Taska di Luyang, Penampang Sabah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kesian Anak Aku” – Tular Budak Kena ‘Lepuk’, Tarik Rambut Di Taska

Ibu kepada mangsa yang melihat rakaman itu tidak dapat menahan perasaan kerana berasa geram dengan tindakan tidak bertanggungjawab pengasuh terbabit.

@sabah_info

Perkembangan Kes Pengasuh mendera kanak-kanak di sebuah Tadika di Luyang Kota Kinabalu yang dirakam CCTV- Pendedahan rakan ibu bapa mangsa, kenyataan media Polis KK.

♬ original sound – Sabah Info – Sabah Info

Terkini, tersebar pula video menunjukkan ibu dan bapa kanak-kanak didera telah menyerang pengasuh berkenaan sebelum suaminya manampar muka serta menunjal kepala pengasuh berkali-kali.

Isteri, anaknya dan staf taska yang lain hanya mampu melihat sebelum salah seorang staf cuba meleraikan pergaduhan. Bagaimanapun, staf terbabit turut dimarahi dan dilempang.

dera

Susulan kejadian ini, pengusaha dan pengasuh taska telah membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan.

Mangsa kanak-kanak dan suspek dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk pemeriksaan doktor. Setakat ini, dua kertas siasatan di buka iaitu mengikuti Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan

https://www.tiktok.com/@majoritiofficial/video/7265641212323859713

Tapi kalau korang tengok video berdurasi 2 minit 12 saat tu memang akan buat korang bengang juga. Mana tidaknya, pengasuh tu boleh tiba-tiba tendang, tarik rambut, tolak dan memukul kepala budak tu tanpa rasa bersalah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas