Connect with us

Oh! Media

Budak Sekolah Tong-Tong Sewa Banglo RM1,000 Dengan Kawan Untuk Parti Liar

parti liar

Trending

Budak Sekolah Tong-Tong Sewa Banglo RM1,000 Dengan Kawan Untuk Parti Liar

Jangan terlalu mudah percaya dengan kata-kata anak kita tanpa usul periksa. Sedih sebenarnya bila tengok budak sekolah sanggup sewa banglo semata-mata nak buat parti liar.

ADVERTISEMENT

Kejadian ini berlaku di Batu Feringghi pada 13 Oktober lalu dan pihak polis berjaya menahan 22 individu, 14 lelaki dan 8 wanita berusia 16 hingga 21 tahun.

8 peserta perempuan tak bayar sebab balak payung…

Mereka difahamkan telah menyewa banglo tiga tingkat dengan kos RM1,000 sehari dan setiap peserta perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM80 hingga RM100.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata hasil siasatan mendapat satu kumpulan WhatsApp telah diwujudkan untuk mengumpul peserta.

Kita juga dapati 8 perempuan yang sertai parti liar ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilunaskan oleh peserta lelaki.

Lebih menyedihkan apabila pihak polis turut menemui dua paket dadah jenis ketamin seberat 0.9 gram bernilai RM150 dan tiga biji pil ekstasi dengan anggaran berat 1.6 gram bernilai RM45.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas