Connect with us

Oh! Media

“Budak-Budak Sekarang Makin Malas Dan Tak Berkualiti” – Rita Rudaini Tak Setuju Pemansuhan UPSR & PT3

untitled design   3

Trending

“Budak-Budak Sekarang Makin Malas Dan Tak Berkualiti” – Rita Rudaini Tak Setuju Pemansuhan UPSR & PT3

Pelakon terkenal, Rita Rudaini tidak bersetuju dengan keputusan untuk meneruskan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). 

Katanya, perkara itu tidak relevan dan berpendapat bahawa kualiti pelajar kini semakin merosot.

UPSR, PT3 tiada? Bagi sifir, bendera negeri dan tanya mengenai negeri, pasti tak tahu jawab. Silibus mengarut, sekolah rendah pun dah macam pelajar kolej.

Rita Rudaini bimbang kualiti pendidikan pelajar masa kini

rita

Menurut laporan Kosmo, Rita juga berkata ketiadaan peperiksaan seperti UPSR dan PT3 menyebabkan pelajar semakin malas dan kurang berkualiti.

IKLAN

BACA: KPM Kekalkan Keputusan Untuk Mansuhkan UPSR Dan PT3 Sebab Ini

Baginya, ibu bapa kini perlu mengeluarkan kos tambahan untuk menghantar anak-anak ke tuisyen dan sebagainya untuk menambah ilmu dan memastikan anak-anak lebih celik.

Budak-budak sekarang makin menjadi pemalas dan tiada kualiti. Kena ambil tuisyen, tambah balik ilmu bagi celik.

Isu pendidikan jadi beban kepada ibu bapa dan guru

img 3645

Bukan tu jer, Rita juga menegaskan bahawa ketiadaan peperiksaan utama ini menambahkan beban kepada ibu bapa dan guru-guru. 

Ibu bapa dan guru akan rasai apabila pelajar menunjukkan kelemahan dalam pembelajaran.

Bila anak-anak lemah, ibu bapa salahkan cikgu dan cikgu salahkan ibu bapa pula. Hujung-hujung ibu bapa dan cikgu-cikgu yang stress. Merepek sangat.

Kementerian Pendidikan kekal dengan keputusan pemansuhan

untitled design   3

Sebelum ini, Menteri Pendidikan iaitu Fadhlina Sidek menegaskan yang keputusan pemansuhan UPSR dan PT3 tidak akan diubah. 

Menurut Fadhlina, ia akan diteruskan sebagai usaha memperkasakan sistem pendidikan negara.

#OhmediaNasihat

Dalam perkembangan pendidikan, pandangan yang berbeza adalah perkara biasa. Namun, sebagai ibu bapa dan masyarakat, kita perlu berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan demi masa depan anak-anak. 

Apa yang lebih penting ialah menyokong mereka dalam belajar secara berkesan, mengutamakan pemahaman, dan mengurangkan kebergantungan pada peperiksaan semata-mata.

untitled design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas