Connect with us

Oh! Media

KPM Kekalkan Keputusan Untuk Mansuhkan UPSR Dan PT3 Sebab Ini

Untitled Design   3

Oh! Tidak

KPM Kekalkan Keputusan Untuk Mansuhkan UPSR Dan PT3 Sebab Ini

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tidak akan dikembalikan. 

Menurut laporan Astro Awani, keputusan ini diambil susulan kedua-dua peperiksaan ini dianggap tidak lagi relevan dengan sistem pendidikan semasa yang memerlukan pendekatan lebih menyeluruh.

Fadhlina juga berkata yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kekal dengan keputusan ini bagi memberikan peluang kepada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berjalan dengan lebih efektif. 

IKLAN

Sistem PBS dianggap lebih sesuai untuk menilai perkembangan pelajar secara menyeluruh tanpa tekanan berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Kita berikan ruang kepada PBS ini untuk berlangsung dengan baik. Apa pun yang berlaku dalam pendidikan harus dikembalikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KPM ingin beri penekanan kepada pembangunan pelajar

Img 3645

Dengan pemansuhan UPSR dan PT3, PBS kini memainkan peranan utama dalam sistem pendidikan. Berbeza daripada peperiksaan tradisional, PBS menekankan penilaian berasaskan perkembangan pelajar dalam pelbagai aspek dan bukannya hanya sekadar gred dan markah peperiksaan.

Fadhlina juga menegaskan bahawa PBS adalah satu pendekatan yang lebih baik yang membolehkan pelajar berkembang secara menyeluruh dalam aspek kemahiran, sikap, dan pengetahuan selain fokus kepada akademik semata-mata. 

Ini sejajar dengan usaha KPM untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tapi mempunyai nilai sahsiah yang tinggi.

#OhmediaNasihat

Pemansuhan UPSR dan PT3 adalah satu langkah penting ke arah sistem pendidikan yang lebih inklusif dan berorientasikan perkembangan pelajar. PBS yang diperkenalkan mampu memberi ruang kepada pelajar untuk berkembang secara holistik tanpa tekanan peperiksaan besar.

Semoga perubahan ini dapat melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, mental, dan fizikal, bersedia untuk cabaran dunia yang kian mencabar.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas