Connect with us

Oh! Media

Buat Hal! Netizen Marah Sajat ‘Bergelek’ Di Awal Puasa

Trending

Buat Hal! Netizen Marah Sajat ‘Bergelek’ Di Awal Puasa

Setelah agak lama menyepi dari media sosial, Nur Sajat ataupun nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kembali mencuri perhatian netizen apabila tampil memuat naik beberapa hantaran baru di Instagramnya.

Sajat

Namun, apa yang membangkitkan kemarahan netizen apabila Sajat dilihat tidak menghormati bulan Ramadan yang mulia apabila dia seolah-olah sengaja berpakaian seksi dan menari gelek di media sosialnya itu.

IKLAN

Ligat menari sambil mendedahkan sebahagian tubuh badannya, Sajat dikecam hebat oleh netizen yang merasakan bahawa entri berkenaan tidak sesua untuk dimuat naik ketika umat islam kini sedang menyambut bulan Ramadan.

Sajat

“Kurang ajar dia ni, umum puasa je terus buat video macam ni..” tulis seorang pengguna media sosial.

Namun begitu, Sajat dilihat masih lagi ‘mengunci’ Instagramnya mungkin kerana enggan dikecam dengan lebih teruk oleh netizen.

Sajat Dan Keluarga

Terdahulu, Sajat kini masih diburu oleh pihak berkuasa apabila dia telah menghilangkan diri susulan pengeluaran waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah terhadapanya atas pertuduhan memakai pakaian wanita sehingga merendahkan martabat agama islam di sebuah majlis bacaan yasin bertempat di premis kecantikannya pada Februari 2018 yang lalu.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas