Connect with us

Oh! Media

“Buang Stress Sikit” – Perkongsian Peninju Muay Thai, Johan Ghazali Bersama Wanita Ini Undang Perhatian 

Copy of Untitled Design   1

Trending

“Buang Stress Sikit” – Perkongsian Peninju Muay Thai, Johan Ghazali Bersama Wanita Ini Undang Perhatian 

Peninju Muay Thai negara, Johan Ghazali yang lebih mesra dipanggil Jojo sekali lagi mencuri perhatian apabila dirinya memuat naik foto bersama seorang wanita bernama Queenna Khan di akaun TikTok miliknya.

Menerusi hantaran itu, Jojo yang berusia 18 tahun kelihatan menikmati makan malam bersama Queenna di sebuah restoran eksklusif berlatar belakangkan menara ikonik KLCC. 

“Buang stress sikit” – Johan Ghazali

Ohmedia img 6710

Dengan mengenakan kemeja biru gelap yang menyerlahkan penampilannya, Jojo tampak segak manakala Queenna pula tampil memukau dalam gaun pendek berwarna merah jambu.

IKLAN

Walaupun hanya menulis kapsyen yang agak ringkas, perkara itu tetap mencetuskan tanda tanya ramai pengikutnya. 

Buang stress sikit.

Netizen anggap mereka serasi

Img 6711

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang menganggap Jojo dan Quenna ada hubungan istimewa. 

Ramai juga yang merestui pasangan ini dan mengatakan mereka kelihatan serasi dan sama cantik sama padan.

Bukan tu jer, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan mereka “makan hati” kerana Queenna telah berjaya mencuri perhatian Jojo.

#OhmediaNasihat

Kadang-kadang, luangkan masa untuk bersosial dan berehat dari tekanan harian memang penting untuk kesihatan mental. Namun, jangan lupa untuk bijak memilih perkongsian di media sosial bagi menjaga privasi dan elak salah faham.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok Johan Ghazali


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas