Connect with us

Oh! Media

“Buang 5, Yang Lain Warning Letter” – Kieda Crepe Cerita Macam Mana Boleh Kantoi Ada Group Kutuk Bos

staf kieda crepe kantoi

Trending

“Buang 5, Yang Lain Warning Letter” – Kieda Crepe Cerita Macam Mana Boleh Kantoi Ada Group Kutuk Bos

Dalam perkembangan terbaru, usahawan Kieda Crepe tampil dengan satu laporan polis selepas 12 orang pekerjanya kantoi buat group Whats App mengutuk di belakang.

ADVERTISEMENT

BACA: Kieda Crepe Minta 12 Staf Hantar Surat Resign 24 Jam Lepas Kantoi Buat ‘Group’ Kutuk Bos

Dalam 12 orang staf tersebut, Kieda hanya membuang 5 orang pekerja sementara yang lain diberikan surat amaran.

kieda

Kieda juga akan berbincang dengan pejabat buruh mengenai isu ini dan langkah yang sepatutnya diambil.

Menerusi Instagram Stories, peniaga ini berkata, dia sudah mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, group itu bermula daripada satu dua kepala dan rakan-rakan yang lain terpaksa menurut kerana tak mahu hilang kawan.

Kita dengar kedua-dua pihak, saya tak tuduh orang melulu saya pun tahu sakit macam mana sekarang ni cari kerja. Struggle macam mana bila ada komitmen so daripada 12 orang, 5 orang jer saya kena bincang dengan pejabat buruh macam mana saya nak buat. Yang lain stay dengan saya, warning letter saya bagi.

Macam mana boleh kantoi? Kieda berkata dia seolah-olah terima petunjuk apabila berasa sangat gelisah. Selepas solat maghrib dia berdoa semoga diberikan petunjuk tambahan pula mata kiri dah dua hari berkedip.

kieda kantoi

Kieda bangkit nak pakai tudung, Kieda pinjam handphone seorang staf. “Pinjam handset sat, kak nak pakai kamera depan sat.. dekat production tak ada cermin”. Farah tekan-tekan handset dia lag.

Lepastu Farah kata ambil handset Azira, “Azira mai handphone sat kak nak pakai”. Azira buka je kamera depan, baru nak bubuh pin tudung keluar notification di atas. “Hmm jangan delete, depa tulis pasal Kieda Crepe”.

Kieda terus meminta pekerjanya buka group chat tersebut dan dia baca satu persatu bermula 14 November 2023 group itu ditubuhkan.

Depa kutuk saya, semua depa kata. Shaking tangan saya, sedihlah saya.

Usahawan kontroversi ini berkata dia mempunyai 37 orang pekerja secara keseluruhan. Dalam 12 orang pekerja yang buat perangai, hanya 5 orang yang betul-betul Kieda buang.

Kieda bagaimanapun tak menyalahkan sesiapa dan menjadikan insiden ini sebagai pengajaran untuk muhasabah diri.

Kredit: Instagram Stories Khalieda Yusra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas