Connect with us

Oh! Media

Buah Durian Mampu Cegah Kanser? Ini 7 Khasiat Raja Buah Yang Ramai Tak Sangka

Oh! Lifestyle

Buah Durian Mampu Cegah Kanser? Ini 7 Khasiat Raja Buah Yang Ramai Tak Sangka

Setiap tahun, musim durian adalah antara yang paling dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun wabak masih ada, sambutan terhadap Raja Buah ini masih tetap mendapat sambutan.

ADVERTISEMENT

Tapi korang tahu tak buah durian ni banyak khasiatnya untuk kesihatan? Sebab tu siapa tak makan buah durian sebab kononnya tak tahan bau dia yang kuat, memang rugi satu nikmat dunia, haha!

Buah durian kaya dengan vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium dan Fosforus. Semua nutrisi ini baik untuk kesihatan dan boleh mengatasi penyakit seperti berikut:

  1. Mencegah kanser

Jika tanya pakar, makanan yang tinggi antioksida boleh mencegah kanser. Buah durian juga antioksida kerana ia mempunyai vitamin, polifenol dan flavonoid. Tubuh kemudian akan dilindungi daripada radikal bebas yang mampu merosakkan sel sihat yang kemudian akan menjadi sel kanser.

2. Menguatkan tulang dan gigi

Vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi dalam buah durian ini sudah pasti dapat membantu memperkuatkan tulang dan gigi kita. Jangan risau, bau buah durian memang kuat, tapi mulut korang takkan berbau lepas makan.

3. Mengawal kesimbangan gula dalam darah

Kajian menunjukkan indeks glisemik buah durian adalah terendah jika dibandingkan dengan buah tempatan lain iaitu 49. Rasa manis buah durian ini mampu menjadikan kadar gula dalam darah menjadi normal. Bagi mereka yang ada penyakit diabetes, kandungan kalium dalam durian ini amat membantu.

Akan tetapi, buah durian juga mempunyai kalori dan karbohidrat yang tinggi, jadi berhati-hati dengan kadar pengambilan buah ini.

4. Merawat tekanan

Buah durian mengandungi vitamin B-6 yang menghasilkan serotonin untuk mengawal tekanan perasaan kita. Sebenarnya, buah durian ni memang dah lama jadi ubat tekanan secara semulajadi dan kalau perasan reaksi orang makan buah durian memang berbeza jika dibandingkan dengan buah lain.

5. Mencerahkan kulit

Wow! Kulit boleh jadi kuning-kuning macam isi durian ke? Kandungan vitamin C yang ada dalam durian inilah dapat merawat kulit kita.

6. Masalah insomnia

Buah durian mengandungi tryptophan yang boleh menenangkan fikiran dan tubuh seseorang. Sebab itu, selepas kita makan buah durian kita akan rasa lapang dan ini dapat membantu mereka yang sukar untuk tidur.

7. Anti penuaan

Kandungan antioksida dalam buah durian turut mampu menghalang pembentukan radikal bebas yang boleh menjadi faktor penuaan pramatang. Ini bermakna, makan durian mampu mengurangkan kedutan pramatang, tompokan penuaan dan keguguran rambut.

Hebat raja buat ni kan? Apapun berdasarkan pyramid makanan Malaysia, kita disarankan untuk memakan 2 hidangan buah sehari, oleh itu kita hanya boleh mengambil empat hinngga enam ulas durian sehari. Jaga kesihatan dan jika korang ada masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor dan jangan ikut nafsu.

Kredit: Thedianosa, Suria.my

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas