Connect with us

Oh! Media

Bot TLDM Hilang Kawalan Rempuh Bot Pelancong Ketika Latihan LIMA Di Langkawi

Ohmedia kemalangan

Trending

Bot TLDM Hilang Kawalan Rempuh Bot Pelancong Ketika Latihan LIMA Di Langkawi

Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi selepas bot yang dinaiki terlibat dengan kemalangan.

Memetik laporan Berita Harian, bot laju milik TLDM itu merempuh sebuah bot pelancong yang sedang berlabuh, dipercayai akibat hilang kawalan ketika menjalani latihan demonstrasi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

Bot TLDM dinaiki lima anggota, dua cedera

Screenshot 2025 05 15 225022

Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4.34 petang itu sempat dirakam orang awam yang berada di kawasan sekitar lalu tular di media sosial.

IKLAN

Difahamkan,  bot TLDM terbabit sedang menjalani latihan persediaan untuk demonstrasi menyelamat di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan insiden tersebut melibatkan sebuah bot pasukan keselamatan yang dinaiki lima pegawai dan anggota TLDM.

Beliau memaklumkan setakat ini tiada sebarang kecederaan melibatkan orang awam dilaporkan. Pihak polis juga belum menerima laporan rasmi daripada mana-mana pihak bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.


Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas