Trending
Dakwaan Tak Bayar Kontraktor, Bonda Rozita Ibrahim Ambil Tindakan Undang-Undang
Baru-baru ini, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai dakwaan usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim tidak membayar kontraktor ubah suai rumah di London.
Individu berkenaan mendakwa sudah siapkan semua kerja termasuk tandas, karpet mewah 7 bilik dan tangga, tapi malangnya masih belum terima bayaran walau satu sen.
BACA: “Tolong Bayar Kami!” – Bonda Rozita Didakwa Lari Bayar Upah Ubahsuai Rumah Mewah Di London
Terkini! Bonda Rozita Ibrahim menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan sudah mengambil tindakan undang-undang.
Bonda Rozita Ibrahim ambil tindakan undang-undang
Jadi, beliau tidak mahu mengulas lanjut dan menyerahkan segala-galanya kepada peguam yang sudah dilantik di London dan Malaysia.
Isu viral semasa saya dikatakan tidak membayar hutang kepada kontraktor saya. Kontraktor ke? Saya tak nak mengulas lanjut, saya berani untuk clarify tindakan telah pun diambil peguam di London dan peguam di Malaysia. So kepada anda yang melihat viral tentang itu kita nantikan tindakan peguam saya untuk selanjutnya.
Dalam kapsyen yang ditulis pula, Bonda berkata beliau tidak pernah lari membayar kos projek mega yang dijalankan termasuk di Rumah Hutan Bonda, kilang-kilang dan bahan mentah untuk perniagaannya yang mencecah puluhan juta ringgit.
Jadi, lebih baik berhenti membuat spekulasi tidak benar dan biarlah peguam Bonda je yang mengambil tindakan seterusnya.
Pssttt! Isu bayaran adalah sesuatu yang tidak boleh dibuat main, lebih-lebih apabila melibatkan nama yang besar seperti Bonda Rozita Ibrahim. Diharapkan ada penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.
Kredit: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM