Connect with us

Oh! Media

“Tolong Bayar Kami!” – Bonda Rozita Didakwa Lari Bayar Upah Ubahsuai Rumah Mewah Di London

bonda rozita

Oh! Artis

“Tolong Bayar Kami!” – Bonda Rozita Didakwa Lari Bayar Upah Ubahsuai Rumah Mewah Di London

Tengah viral sekarang di media sosial bila seorang individu mendakwa ibu kepada Datuk Aliff Syukri, iaitu Bonda Rozita lari daripada membayar upah kerja ubah suai rumah mewah miliknya di London.

Individu berkenaan mendakwa sudah siapkan semua kerja termasuk tandas, karpet mewah 7 bilik dan tangga, tapi malangnya masih belum terima bayaran walau satu sen.

IKLAN

Bonda Rozita didakwa sekat kontraktor…

Dalam beberapa hantaran di Instagram Story, individu tersebut turut meluahkan rasa kecewa kerana bukan sahaja tidak dibayar, malah turut disekat di media sosial oleh Bonda Rozita.

Tolong bayar kami.. semua kami buat untuk rumah London ni. Refurbished semua tandas. Pasang karpet mewah semua 7 bilik dan tangga macam you nak.

Garden beliau kami juga yang bersihkan suami isteri. Tak berhenti kerja di rumah ni untuk realisasikan impian rumah London beliau.- Luah mereka.

“Saya dah jumpa, dah bagi masa…”- Kontraktor.

Tambah individu itu lagi, Bonda Rozita pernah meminta bantuannya kerana mendakwa ditipu dalam urusan terdahulu. Tapi selepas semua kerja disiapkan, mereka pula jadi mangsa.

Saya terpaksa guna cara ini. Saya dah jumpa beliau dua kali di Malaysia. Dia kata tak tahu kami belum terima bayaran. Saya dah beri masa. Dah tambah masa juga.

Awak sekat saya di Whatsapp dan IG, tapi saya jumpa cara lain untuk berhubung dan minta awak untuk berjumpa. Cukuplah, tolong bayar kami.

Kes ini mula tersebar di aplikasi Threads dan mendapat perhatian netizen yang rata-rata meminta Bonda Rozita tampil beri penjelasan serta melunaskan bayaran kepada individu berkenaan.

Ramai menyatakan simpati dengan kerja keras pasangan suami isteri itu yang gigih menyiapkan rumah idaman pelanggan mereka, namun akhirnya dikatakan dikhianati.

Pssttt! Kalau betul seperti yang didakwa, memang tak patutlah perkara macam ni berlaku. Usaha dan titik peluh orang lain perlu dihargai, bukan diabaikan macam ni je. Kita harap Bonda Rozita tampil beri penjelasan dan selesaikan isu ini secara adil. Jangan biar nama baik yang dibina selama ini tercalar hanya kerana isu bayaran. Hormat hasil kerja orang, rezeki kita pun akan jadi lebih berkat.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas