Connect with us

Oh! Media

Boleh Beli Rumah, Pelanggan Ini Dedah Harga ‘Cekik Darah’ Restoran Salt Bae?

Salt Bae

Trending

Boleh Beli Rumah, Pelanggan Ini Dedah Harga ‘Cekik Darah’ Restoran Salt Bae?

Sebut sahaja nama Salt Bae, sudah pasti ramai akan mengenalinya yang merupakan seorang pengusaha restoran stik mewah di Turki.

BACA: Chef Selebriti Memperkenalkan Menu Daging Stik Bersalut Emas Mampu Cerna

Ditambah pula dengan gaya ikonik ‘tabur garam’ yang bersahaja, perkara itu membuatkan namanya semakin dikenali sehingga restorannya dikunjungi ramai orang termasuklah golongan selebriti.

IKLAN

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe, 38, juga mempunyai banyak cawangan restoran stik mewahnya yang bernama Nusr-Et sejak didirikan pada tahun 2010.

Pelanggan dedah harga makanan restoran Salt Bae

Bagaimanapun, Salt Bae juga turut membuka cawangan restorannya di London baru-baru ini, namun terdapat luahan mengenai harga ‘cekik darah’ makanannya yang dikira tidak masuk akal.

Sebagai contoh, semangkuk salad dijual dengan harga 23 pound (RM131), satu hidangan jagung manis berharga 12 pound (RM68) dan satu air tin Coca-Cola, 9 pound (RM58).

Ia juga diluahkan oleh seorang pelanggan yang dikatakan perlu membayar sebanyak 37,000 pound (RM210,899) ketika berkunjung ke restoran tersebut.

Hal itu selepas dia menunjukkan resit pembayaran yang dimuat naik di media sosial memaparkan harga menu yang ditempah yang dianggap terlalu mahal.

1 1jpg 417x600 1

Menerusi resit itu, menu yang ditempah termasuklah stik golden tomahawk berharga 850 pound (RM4,841), 16 ketul Baklava, 400 pound (RM2,279) dan sebagainya.

Selain itu, pelanggan tersebut juga turut membelanjakan duitnya untuk membeli minuman beralkhol yang berjumlah 30,620 pound (RM174,474).

Walaupun ramai yang menyatakan hidangan yang disediakan sedap, namun mereka berpendapat ia tidak berbaloi dengan harganya yang mahal.

Terdapat juga netizen yang mendakwa restoran tersebut akan memadam semua komen negatif di media sosialnya jika terdapat pelanggan yang mengkritik kualiti dan rasa hidangannya.

Kredit: Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas