Connect with us

Oh! Media

hantuk hidung isteri

Oh! Tidak

“Bini Kantoi 4 Jantan” – Didakwa Hantuk Hidung Isteri Tolak Hubungan Intim, Adik Buka Mulut

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka di atas dakwaan mengugut bunuh dan mencederakan isterinya.

BACA: Pukul Isteri Merupakan Aib Suami Perlu Dijaga? Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

IKLAN

Tertuduh yang bekerja sebagai mekanik didakwa menghantuk kepalanya ke hidung mangsa kerana mangsa menolak untuk melakukan hubungan kelamin.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tak bersalah dan menetapkan 10 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Terbaru, menerusi ruangan komen di Facebook Harian Metro, seorang individu tampil mendakwa ada kisah lain di sebalik tuduhan tersebut.

Abangnya dikatakan mempunyai sebab menghantuk kepala isteri yang didakwanya berpunca daripada sikap isteri yang berlaku curang.

Dakwanya lagi, isteri yang menganiaya suami sendiri sudah tentu akan mendapat balasan daripada Allah SWT.

isteri tolak seks
hentak hidung


Anak tertuduh juga ada memuat naik luahan hati akan tetap berada di belakang bapanya. Dia menyatakan tahu punca sebenar dan berharap bapa sabar dengan dugaan.

Jika benar dakwaan ini, semoga ada keadilan untuk kedua-dua pihak. Kita tunggu jelah keputusan daripada mahkamah nanti ya.

Kredit: Harian Metro | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas