Connect with us

Oh! Media

Dihalau Mentua Lepas Suami Masuk Lokap, Ini Punca Wanita Pukul Anak Dalam Bas

Trending

Dihalau Mentua Lepas Suami Masuk Lokap, Ini Punca Wanita Pukul Anak Dalam Bas

Baru-baru ini tular di TikTok perkongsian penumpang bas mengenai seorang wanita yang tergamak pukul darah daging sendiri ketika dalam perjalanan ke Temerloh.

ADVERTISEMENT

BACA: Penumpang Bas Terkejut Wanita Tergamak Maki Hamun Darah Daging Sendiri Gara-Gara..

Disebabkan perkara kecil, wanita itu juga dikatakan telah melemparkan kata-kata yang tidak baik menyebabkan penumpang lain tidak selesa.

@amethystnb_

seram ye 🥲🙏🏻 i doakan anak dia tak trauma and membesar dengan baik.

♬ original sound – Qissy

Terbaru, seorang individu dikenali sebagai Shira Ira menjelaskan punca mengapa wanita itu berkelakuan sedemikian. Difahamkan dia sedang mengalami tekanan kerana dihalau oleh keluarga mentua selepas suami masuk lokap.

Dua anak yang dibawa bersamanya adalah anak hasil perkahwinannya yang pertama. Wanita itu ke Kuantan untuk cari kerja tetapi keadaannya bersama dua anak menyebabkan dia susah nak cari bilik untuk berteduh.

Sementara itu, mereka anak beranak tumpang tidur di masjid. Mendapat tahu kisahnya marah dan pukul anak viral di media sosial, wanita tersebut mengakui berasa malu. Dia sangat sayangkan anak.

Kata Shira, wanita berkenaan telah dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memohon bantuan. Shira telah menasihati wanita ini agar tidak memukul anak lagi.

Kredit: Facebook Shira Ira

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas