Connect with us

Oh! Media

Bertahun Lama Pendam Rasa, Puteri Balqis Tampil Dedah Perangai ‘Toxic’ Bapa Kandung

Aqishayahkandung

Trending

Bertahun Lama Pendam Rasa, Puteri Balqis Tampil Dedah Perangai ‘Toxic’ Bapa Kandung

Sejak akhir-akhir ini, nama Puteri Balqis menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga ada yang menggelarkan pelakon cilik itu dengan gelaran sundal hanya kerana dia menggayakan imej yang seksi di media sosial.

BACA: Puteri Balqis Sindir Balik Netizen Yang Kecam Dan Gelar Dirinya B*tina Sund*l

Meskipun begitu, pelakon cilik yang pernah membintangi filem KL Special Force itu dilihat menjawab pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya dengan penuh tenang dan matang.

IKLAN

Perangai ayah kandung seperti ‘binatang’

Terbaru, Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish dijemput menerusi saluran YouTube brosgangtv untuk berkongsi kisah disebalik terjadinya identiti ‘Aqish’ yang ketika ini dilihat sangat berlainan dengan dirinya sewaktu kecil dulu.

Menerusi sesi podcast bersama dua pengacara itu, Aqish membuat satu pengakuan yang mengejutkan orang ramai mengenai sikap sebenar ayah kandungnya.

Aqish memaklumkan bahawa bukan sahaja bapanya itu merupakan seorang yang malas, bahkan dia juga tidak pernah menerima sebarang didikan agama daripada bapanya itu.

@racunbegkuning credit : youtube brossgangtv . Jom dapatkan converse RM24 di bag kuning 🤗 #fyp #berandafyp #berandatiktok ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Lebih mengejutkan ialah, Aqish memaklumkan bahawa dia dan ibunya akan dipukul setiap kali meminta bapanya untuk mengajarkan mereka mengaji Al-Quran.

Tak boleh yakinkan orang luar kerana penampilan ibu

Dalam pada itu, Aqish turut memaklumkan bahawa ibunya selalu berpesan untuk berdiam daripada diketahui orang luar mengenai perkara ini.

@racunbegkuning Replying to @👆🏻TekanBagKuning💰 part 4. Credit youtube brossgangtv. Jom beli seluar bootcut knitted cotton RM25 di bag kuning 🤩 #fyp #berandafyp #berandatiktok ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Ini kerana, agak sukar untuk Aqish meyakinkan orang luar mengenai penderitaan yang dialami mereka kerana penampilan ibunya yang bertatu manakala bapanya seorang yang berjubah dan berkopiah.

Netizen sudah jangkakan pasti ada sesuatu yang tak kena

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dan mula faham perubahan yang berlaku dalam diri Aqish selepas mengetahui penderitaan yang dialami pelakon itu sejak dari kecil lagi.

Screenshot 2022 09 04 at 111119
Screenshot 2022 09 04 at 111055
Screenshot 2022 09 04 at 111042

Semoga Aqish dan ibu terus kuat dalam menjalani ujian dan dugaan kehidupan.

Kredit: YouTube brosgangtv | TikTok racunbegkuning

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas