Connect with us

Oh! Media

Berpakaian Tidak Senonoh Di Laman Istana Bukit Serene, Dua Individu Ditahan

Trending

Berpakaian Tidak Senonoh Di Laman Istana Bukit Serene, Dua Individu Ditahan

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan media hari ini mengesahkan telah menahan dua orang lelaki tempatan berpakaian wanita mengambil gambar tidak sopan di hadapan Laman Mahkota Istana Bukit Serene.

ADVERTISEMENT

Jelasnya, tangkapan terhadap lelaki berusia 27 dan 24 tahun itu dilakukan secara berasingan di sekitar Taman Nusa Bestari dan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Difahamkan, gambar tidak senonoh itu dimuat naik di Facebook dan kemudiannya dikongsikan semula oleh pengendali Facebook Persatuan Bangsa Johor daripada pemilik akaun Bryan Wee dan Deachon Chai.

Ujian awal saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis ketamin.

Kedua-dua kini ditahan reman untuk siasatan kes mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menimbulkan kegusaran awam dan menggugat keharmonian negara, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, jika disabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor menasihati orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat keselamatan serta ketenteraman awam.

Kenyataan media:

Kredit: Polis Johor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas