Connect with us

Oh! Media

Bengang Kena Tegur Dengan Majikan, Pekerja Bakar Gudang Tempat Kerja

Artikel 3 1512

Trending

Bengang Kena Tegur Dengan Majikan, Pekerja Bakar Gudang Tempat Kerja

Seorang wanita di Thailand mengambil keputusan untuk membakar gudang sebuah kilang minyak pelincir tempat dia bekerja kerana bengang dengan majikan yang tegur cara kerjanya.

BACA: Pengurus Tengking Pekerja Nak Mohon Cuti, Lebih 20 Pekerja Letak Jawatan Tanda Protes

Menerusi laporan Harian Metro, wanita yang disahkan sebagai Ann Sriya, berumur 38 tahun itu telah didakwa menggunakan pemetik api untuk bakar sekeping kertas serta melemparkannya ke dalam bekas bahan api di gudang Minyak Prapakorn di Nakhon Pathom.

IKLAN

Tak puas hati majikan tegur suruh baiki cara kerja

Bengang
Asap berkepul di gudang kilang minyak di Thailand Foto Utusan

Leftenan Jeneral Wilayah, Thanayut Wuttijarathamron mengesahkan Sriya ditahan di rumahnya, di daerah Sam Phran selepas suspek mengaku melakukan pembakaran di gudang tersebut.

Sriya dikatakan turut mengalami kecederaan dan menurutnya, dia melakukan pembakaran tersebut kerana tidak puas hati dan bengang akan majikannya yang menegurnya untuk memperbaiki cara kerjanya.

Kebakaran yang dilakukan Sriya itu menyebabkan kerugian 40 juta baht Thailand, iaitu RM5.07 juta. Bangunan yang terbakar itu difahamkan menyimpan ribuan tangki minyak.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah menunjukkan kelibat Sriya yang masuk ke dalam gudang dengan memegang sekeping kertas sebelum hilang di sebalik deretan unit rak sebuah kontena.

Suspek kini telah direman dan polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Takut juga sekarang ni, tak boleh tegur sikit, mesti ada je yang nak dibalasnya. Semoga kita dijauhkan la dari orang-orang yang macam ni. Majikan di luar sana pun kalau nak tegur tu, tegur la dengan cara yang elok, takut lain jadinya nanti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas