Connect with us

Oh! Media

Beli Mee Lauk Sotong Harga RM30 Tapi Berulat, PPj Ambil Tindakan

Trending

Beli Mee Lauk Sotong Harga RM30 Tapi Berulat, PPj Ambil Tindakan

Tular di media sosial luahan seorang wanita mendakwa makanan yang dibelinya daripada bazar Ramadan Putrajaya mengandungi ulat.

ADVERTISEMENT

BACA: Gumpalan Rambut Dalam Tepung Pelita, Peniaga Bakal Disiasat

Menerusi perkongsian video di TikTok itu, wanita berkenaan membeli mee viral berlaukkan sotong dengan harga RM30.

Wanita ini mengaku beli makanan dalam keadaan masih panas tetapi bila nak makan waktu berbuka puasa, dia lihat banyak ulat masih hidup atas makanan itu.

Sotong ada ulat

Wanita ini telah membuat aduan kepada Perbadanan Putrajaya memaklumkan mengenai kejadian dan memohon pihak bertanggungjawab melakukan pemeriksaan.

Kepada Perbadanan Putrajaya tolonglah check kedai. Kesian pengguna yang lain, kesian budak-budak kalau termakan benda-benda macam ni. Dorang main makan je. Nasib baik aku pasang lampu terang lagi, tengok-tengok ada ulat.

Bertindak di atas laporan tersebut, Perbadanan Putrajaya dalam satu kenyataan di Facebook berkata, Bahagian Kesihatan Persekitaran telah membuat pemantauan dan pemeriksaan rapi di seluruh kawasan dan gerai di bazar Presint 3.

Pemeriksaan turut melibatkan gerai di dalam video viral. PPj telah mengeluarkan notis Amaran dibawah UUK 30(1)(c), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016 bersabit dengan kesalahan di mana pemegang lesen gagal memastikan kawasan tapak menjaja dalam keadaan bersih.

Video viral

@meximus_takasima33 Tolong jaga kebersihan makan #bazarramadanputrajaya #putrajaya #perbadananputrajaya #fyp ♬ original sound – mexsimustakasima33

Kredit: TikTok @meximus_takasima33 | Perbadanan Putrajaya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas