Connect with us

Oh! Media

Bekas Personaliti TV3 Masih Belum Dijumpai, Hilang Sejak November Tahun Lepas

Bekas personaliti TV3

Trending

Bekas Personaliti TV3 Masih Belum Dijumpai, Hilang Sejak November Tahun Lepas

Bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali dengan Zalina Azman masih belum dijumpai selepas dilaporkan hilang sejak November tahun lepas. Misteri betul!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis masih lagi mencarinya selepas laporan mengenai kejadian itu diterima pada 29 November dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

Kemudian, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi jalan pada 29 November.

Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

Segala usaha mencari pada waktu itu dijalankan namun gagal menjumpai ibunya.

Korang rasa apa yang jadi dan kemana bekas personaliti TV3 ini sekarang?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas