
Trending
Bekalan Elektrik Putus, Pelajar Wanita Sanggup Gantung Lampu Di Kepala Untuk Belajar
Oleh
Tular gambar seorang pelajar wanita yang menggantung lampu pendarfluor di atas kepalanya kerana bekalan elektrik terputus ketika sedang belajar pada waktu malam, di biliknya.
BACA: Ciptaan Robot Daripada Barangan Elektrik Terpakai Bantu Penduduk Kampung
Menerusi laporan Kosmo, pelajar ini merupakan pelajar dari sebuah universiti di Hebei, Beijing.
Semangat seorang pelajar

Pelajar wanita itu tular kerana menunjukkan semangat seorang pelajar untuk meneruskan membaca buku walaupun bekalan elektrik terputus. Pelajar itu juga kelihatan membaca buku tanpa menggunakan meja dan hanya memegang bukunya sambil gantung lampu di kepalanya.
Sebenarnya pelbagai cara yang sudah digunakan oleh para pelajar di luar sana apabila sesuatu yang tidak terjangka jadi sewaktu sedang belajar. Pelajar yang tidak berputus asa meneruskan perjuangan untuk tetap belajar walaupun ditimpa musibah ini perlu dijadikan contoh buat adik-adik di luar sana.
Semoga adik-adik yang masih belajar terus menunjukkan minat yang tinggi dalam pembelajaran. Kalau korang berada dalam situasi pelajar ni, korang sanggup ke gantung lampu dekat kepala? Ke terus tidur? Haha
Kredit: Kosmo
