Connect with us

Oh! Media

“Saya Takkan Maafkan Kamu Semua” – Bayi Meninggal Kemalangan Dengan Lori, Nukilan Si Ayah Buat Netizen Sebak

Trending

“Saya Takkan Maafkan Kamu Semua” – Bayi Meninggal Kemalangan Dengan Lori, Nukilan Si Ayah Buat Netizen Sebak

Sejak kebelakangan ini, kemalangan maut melibatkan lori muatan berat semakin menjadi-jadi di negara kita ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Kemalangan Maut Tiga Beranak, Pemandu Lori Tan Direman

Terbaru, seorang lelaki bernama Ding Sheng Koh tampil menulis nukilan selepas dia dan keluarganya terlibat dengan satu kemalangan bersama sebuah lori muatan berat.

Menerusi nukilan yang ditulisnya itu, Ding begitu terkilan dengan kemalangan itu kerana telah meragut nyawa bayi pertamanya.

Asalnya pada masa ini saya dan isteri mengalu-alukan kelahiran bayi kami ke dunia ini, tetapi kejadian ini telah menyebabkan bayi kami pergi buat selamanya.

Kejadian ini sebenarnya boleh dielakkan, tetapi disebabkan kecuaian kamu dan pihak syarikat kamu, perkara ini berlaku.

Dakwa Ding lagi, setelah kemalangan ini berlaku, dia sama sekali tidak mendapat sebarang panggilan telefon daripada syarikat logistik berkenaan berhubung kemalangan itu.

Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setelah kejadian berlaku dan sehingga ke saat ini, tiada siapa pun daripada pihak syarikat kamu yang menelefon untuk meminta maaf mahupun bertanya khabar.

Saya harap syarikat logistik boleh menjelaskan mengapa menggunakan lori untuk membawa muatan yang sudah pun melebihi paras ketinggian yang selamat.

Ding turut memaklumkan bahawa, kemalangan yang berlaku ini bukan sahaja meninggalkan trauma dalam diri isterinya selepas kehilangan anak mereka, bahkan isterinya juga mengalami kecederaan.

Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, tiga tulang rusuk patah serta otak dan hatinya cedera (trauma).

Jadikan kecaman netizen Twitter

Di Twitter, rata-rata netizen mengecam tindakan syarikat logistik tersebut yang telah menyebabkan kemalangan dan kehilangan nyawa buat Ding Sheng Koh.

Kredit: Facebook | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas